Ramai Teruja Promosi Besar-Besaran Masa Raya Ini

Wahhhhh.... begitu ramai yang teruja dengan promosi besar-besaran masa raya ini. Apa tidaknya pada masa inilah kita boleh berbelanja sakan dengan meriahnya. Peluang yang perlu direbut dan jangan dilepaskan. Lebih-lebih lagi memang ternyata kita dah asingkan bajet untuk tujuan ini. 


Apa lagi.... jom kita berbelanjalah dengan hemah. Beli baju raya. Bukan untuk siapa. Untuk diri sendiri dan keluarga.

Kenapa Mia katakan begitu.... ada sebabnya... 



Harga runtuh yang kaw-kaw dengan tawaran diskaun yang sangat menarik untuk kuasa membeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Kena pandai pilih. Usah main serbu saja. Jangan cepat terpengaruh dengan indah khabar dari rupa. Dapat diskaun yang banyak tapi nanti bila dah beli, kurang kualitinya. Hati-hati ya...




Memberi pilihan yang lebih banyak dengan design eksklusif baru dan terkini mengikut citarasa dewasa dan kanak-kanak. Mestilah kita semua nak up-to-date sentiasa dengan fesyen terkini yang penting selesa dan menepati kehendak kita.



Membeli pakaian yang begitu murah setanding kualiti fabriknya dengan produk atau jenama yang terkenal dan mahal. Pada masa ini, barulah mampu nak beli. Kalau bukan pada musim perayaan, memang tak merasalah jawabnya.



Memberikan kepuasan maksima membeli pakaian yang banyak dengan perbelanjaan atau bajet yang sedikit. Contohnya kalau time hari-hari biasa, RM100 dapat beli 2 helai pakaian sahaja. Tetapi bila time promosi raya, RM100 boleh dapat beli 3 helai pakaian. Agak-agak berbaloi tak? Penjimatan yang besar dan sangat bijak.



Raya pun dah hampir dekat. Tempohari, Mia ada ajak Sofea jalan-jalan di Aeon Jusco Tebrau sambil-sambil cari pakaian untuk musim raya ini. Terhenti seketika di hadapan YFS Concept Store. Ada sale pula itu. Kebetulan memang sedang mencari blouse yang sedondon untuk kami berdua. Eh.. apa kata kita masuk dulu. Tengok-tengok kot ada yang berkenan. 


Seperti biasa memang akan belek-belek semua yang ada. Sambil itu sambil tengok harga. Tak sangka pula di YFS Concept Store ini ada promosi harga pakaian serendah RM20. Percaya tak? Meh sini tengok..




Memang rambang mata kalau nak pilih. Mahunya ambil masa juga. Nak pilih. Nak testing. Bak kata orang alah membeli menang memakai. Harganya pula murah. Bawa RM200 boleh beli beberapa helai pakaian. Puas hati dengan kualiti dan mutu fabrik kainnya yang eksklusif.




Dan.... inilah blouse yang menepati citarasa kami. Designnya simple. Fabriknya lembut dan sesuai untuk Sofea memakainya. Tak panas. Bolehlah jalan seharian beraya nanti.

Akhirnya jumpa apa yang dicari.


Sweet posing by Sofea

Recommended. Nanti singgah ke YFS Concept Store ya...


Happy Mom and Daughter....

Pstttt... Mia nak war-warkan di sini. Selain dari promosi harga yang menarik, YFS Concept Store ada promosi percuma baucer tunai bernilai RM50 dengan pembelian RM200. Hebatnya....


Ada lagi masa seminggu dah nak raya ni. Selamat bershopping raya dengan keluarga tercinta. Pastikan yang terbaik.... Sambutlah hari raya dengan gembira nanti.




Post a Comment

6 Comments

  1. sana sini sale. blink blink mata ray

    ReplyDelete
  2. Memang murah kan di YFS ni, Sis siap dah beli dah hehehehe...
    Pakai pun selesa ..

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnyaaa! Murah pun murahh. Kalau dekat memang dah pergi ni hehehe

    ReplyDelete