Wahhh.. Mia rasa tumpang gembira dan nak ucapkan tahniah pada Siti Jamu Mall di atas majlis perkahwinan yang meriah dan mendapat tajaan dari pelbagai sponsor. Wow! Moga perkahwinan Siti ini bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.
BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!!
Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !! Memang hebat dan sangat mengejutkan.
Pada asalnya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi siapa sangka setelah memuat naik satu status di facebook beliau tentang majlis perkahwinan, terus tidak semena-mena mendapat whatsapp dan panggilan telefon bertalu- alu dari founder produk, owner kedai dan bermacam-macam lagi untuk sponsor / taja majlis beliau.
Hampir 100 company dari perbagai produk berminat untuk sponsor/taja majlis kahwin Siti. Paling menyentuh hati, ada juga yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan turut juga berbesar hati menaja majlis perkahwinan Siti.
Kata Siti, beliau sangat sebak dan tidak menyangka majlis yang mulanya dirancang biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.
Selama ini Siti promote produk orang dengan ikhlas. Siti juga bantu juga dari produk biasa-biasa tidak dikenali, sehingga dikenali dan viral. Oleh sebab inilah ramai yang hargai jasa Siti dan bila Siti kahwin mereka sanggup sponsor/taja yang macam-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponsor dari nikah, pre wedding, majlis berinai,. majlis kahwin sehinggalah ke pakej berbulan madu. Seronoknya.
Antara senarai sponsor yang menaja perkahwinan Siti Jamu Mall
Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
Grand Cake dari Mad About Cake
Vip Menu dari Rumpun Selera
Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
Jamu dari Seri Lady Empire Resources
Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
Telekung dari Pretty Aini
Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
Scarft dari Scarft By Mehrun
Printed Box dari Art Creation Printing
Perfume dari Luxe Essencia Resources
Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
#sitijamumallwedding
** cantiknya....
3 Comments
rezeki betul.. hehe..
ReplyDeletehaah la siti...
DeleteMurah rezeki Siti ni...sebanyak itu dapat penaja kannn...alhamdulilah
ReplyDelete