Lakukan Transaksi Tabung Haji (TH) di Mesin Automatik (ATM) Bank Terpilih

Urasan transaksi Tabung Haji (TH) kini boleh dilakukan melalui mesin automatik (ATM) hasil kerjasama rakan strategik TH dengan perkhidmatan perbankan iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB. Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pendeposit untuk membuat pelbagai transaksi TH seperti :-

1. Membuat pendaftaran pautan Kad ATM ke akaun TH
2. Mengeluarkan tunai
3. Memindahkan simpanan TH sendiri ke TH sendiri
4. Memindahkan simpanan TH sendiri ke TH pihak ketiga
5. Memindahkan simpanan TH sendiri ke Bank pihak ketiga
6. Memindahkan simpanan Bank sendiri ke TH sendiri
7. Memindahkan simpanan Bank sendiri ke TH pihak ketiga
8. Menyemak baki akuan TH
9. Membuat pendaftaran Haji

Caj perkhidmatan RM1.00 akan dikenakan amat berpatutan bagi urusan transaksi mengeluarkan tunai dan memindahkan simapanan.  Bagi urusan pendaftaran pautan Kad ATM ke akaun TH, menyemak baki akaun serta pendaftaran Haji pula adalah percuma tiada caj perkhidmatan dikenakan.

Untuk mengaktifkan kad ATM bank dengan akaun Tabung Haji (TH) melalui mesin ATM sangat mudah dengan mengikuti panduan grafik cara-cara mengaktifkan Kad ATM seperti berikut:

1. Bank Islam









2. Bank Rakyat











3. Maybank









4. CIMB Bank









Dengan terjalinnya kerjasama rakan strategik ini, ianya sangat memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya pendeposit TH untuk melakukan transaksi secara terus dimesin ATM pada bila-bila masa tanpa perlu lagi mengisi borang dan membawa buku TH serta terpaksa menunggu lama di kaunter TH dan kaunter bank teruatamanya ketika berada di waktu puncak.



Selanjutnya sila ke laman web Tabung Haji (TH) 
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/rakan-strategik-th
untuk maklumat yang lebih lanjut.


** semakin lama semakin memudahkan....

Post a Comment

6 Comments