Jadi Blogger Tegar Perlu Rajin Dan Konsisten

Hmmm... macam best pula. Petang-petang seperti ini Mia ingin berkongsi pandangan tentang blogger. Sesiapa yang ada blog tentulah dipanggil blogger. Tetapi bila nak jadi blogger tegar perlulah rajin dan konsisten. Bagi Mia, ini adalah 2 perkara penting yang sentiasa Mia titikberatkan. Nampak macam senang tetapi bila dah lalui pengalaman berblog, memang bukan senang.


Bak kata orang, berakit-rakit ke hulu. Berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tiada apa yang boleh datang bergolek dengan sendirinya. Semuanya perlu ada usaha dan inisiatif untuk menjadi blogger tegar. Tak semua blogger tegar ini ada masa untuk menghadap blog semata. Mereka juga ada komitmen kerja dan keluarga.

Rajin. Kenapa Mia katakan sedemikian rupa. Sebab kalau tak ada sifat rajin ini. Memang tidak akan berupdate lah blog kita tu. Semangat kena kuat dan perlu gigih untuk pastikan blog sentiasa berupdate demi tatapan pengunjung sekalian. Sibuk macam mana sekalipun, tetap akan luangkan sedikit masa untuk update blog. Walaupun tidak ada ramai pengunjung, tidak mengapa. Percayalah... lambat laun nanti akan pasti ada pengunjung yang datang. Sebab blog kita online 24 jam dan boleh diakses dari mana-mana asalkan ada capaian internet dan perkongsian entri blog kita ada di index oleh enjin carian (search engine). Pilihan niche personal, lifestyle dan parenting blog paling selesa bagi Mia sebab ianya tidak terikat dengan niche tertentu. Jadi kita boleh berkongsi apa jua pengalaman, pengetahuan, informasi lain asalkan ianya tidak keterlaluan. Mia lebih sukakan kepada entri-entri santai dan banyakkan perkongsian maklumat yang pelbagai. Ada juga yang berbahasa Inggeris. Yang penting sampai maksudnya kepada pengunjung.

Setiap blogger ada identiti masing-masing. Bila rajin, semuanya boleh... aktiviti blog boleh dilakukan seperti update blog, join segmen/giveaway blogger lain sebagai tanda sokongan, blogwalking ke blog rakan-rakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama blogger, join event dan kongsikan di blog, review produk dan perkhidmatan, informasi semasa dan lain-lain lagi. Memang seronok..

Bila dah rajin. Perlu lah konsisten selepas itu. Maksudnya... bukan setakat itu sahaja. Perlu lah konsisten update blog bagi meningkatkan prestasi ranking dan trafik blog. Kena maintain supaya momentum berblog berada di tahap yang maksimum. Memang kadang kita tersibuk seketika, tidak mengapa. Tetapi kalau boleh jangan dibiarkan lama sebab bila tidak konsisten, prestasi blog pasti merundum sedikit. Nak turun memang senang. Tetapi nak bangkit dan naik semula, bukannya mudah. 

Contoh yang paling senang di sini. Katakan target kita nak update blog 2 - 3 entri sehari. Maka, kita kenalah konsisten buat entri-entri tersebut setiap hari tanpa ada tertinggal pun. Boleh buat entri autopost jika siap mengarang awal atau pun backdated apabila tidak sempat. Teruskan sehingga beberapa bulan, pastinya prestasi dan ranking blog akan meningkat. Cubalah dulu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Masing-masing dah ada smartphone dan boleh online bila-bila masa. Apa salahnya bila ada masa free, luangkan sedikit masa untuk mengarang entri blog. Tak dapat update, buat draf dulu pun memadai.

Bercakap mengenai sibuk. Semua orang pun sibuk. Bercakap mengenai keluarga. Semua orang pun ada keluarga. Pokok pangkalnya hati kena kuat dan cekal. Masa sehari tetap sama iaitu 24 jam untuk semua orang. Pengurusan masa sangat-sangat penting bagi memastikan komitmen blog, kerja dan keluarga tidak terabai. Percayalah... apabila nak jadi blogger tegar, kena ada sifat rajin dalam diri dan teruskan berblog secara konsisten. Bila dah konsisten... lama-lama pasti berjaya...


** dari pena Mia.... sekadar pendapat.....


Post a Comment

17 Comments

  1. Kagum dengan blogger yang bekerja dan mampu pulak up-date blog setiap hari.

    ReplyDelete
  2. sekarang ni memang jarang update blog, entah lah rasa macam dah takda mood nak berblogging tapi rasa sayang nak tinggalkan dunia blog :(

    ReplyDelete
  3. setuju sangat.. tapi tula kadang idea tu tak datang datang.. klo nak tepek gambar semata pon tak best jugak.. lepas tu asik entry review je pon nnti orang bosan jugak..hihii..

    jomlah kita pelbagaikan variasi blog kita.. orang nak baca pon best jeee..

    ReplyDelete
  4. Abam Kie pastikan update blog paling kurang tiga kali seminggu...

    ReplyDelete
  5. Betul, kekadang ramai yang femes x backlink kepada blogger baru dan yang ternama. hehe

    ReplyDelete
  6. Bloggers - teruskan berkongsi entri yang baik baik ,semuga ianya menjadi jariah yang berpanjangan.. Inshaallah

    ReplyDelete
  7. Yap, bkn senang nak up kan blog, cam saya sendu je pgunjung, its ok, just keep update tho mood cam air sering psg surut 😊

    ReplyDelete
  8. Sabar.Semangat.Rajin.
    In sha Allah boleh.

    ReplyDelete
  9. Benar..paling rajin, 2/3x sehari, paling malas, 1x sehari...jangan tak update terus je le..

    ReplyDelete
  10. Saya ni tak tahu ah cuba dah rajin tapi gitulah seminggu sekali pun dah mujur sangat lah tu huhu

    ReplyDelete
  11. saya belum mampu nak apdate 2 atau 3 artikel sehari..

    buat 1 kali sehari pun rasa demotivated juga bila nampak hampir tiada pembaca organik hahaha

    ReplyDelete
  12. Terbauik naik semangat sesama blogger

    ReplyDelete
  13. betul tu kak mia..nak seribu daya, tak nak seribu dalih

    ReplyDelete
  14. Betul !! Kagum sangat dengan blogger yang boleh mantain update setiap hari.

    ReplyDelete