Makan Gula-Gula Kapas


Semalam ada pergi ke @mart Kempas beli barang keperluan sedikit. Sofea berkenan pula pada gula-gula kapas yang tergantung di satu booth. Harganya RM4.00.


Sofea teruja nak tahu macam mana rasanya gula-gula kapas. Sebab selama ini Mia tak pernah beli sejak adanya Sofea. Dulu ada lah beberapa kali Mia beli gula-gula kapas masa zaman sekolah.

Suka Sofea bila dapat makan. Gula-gula kapas akan cair bila masuk dalam mulut. Makan sedikit demi sedikit. Manis betul. Selepas itu, terus minum air masak banyak-banyak.

Dah pesan Sofea. Tidak boleh makan gula-gula kapas ni selalu. Sekali-sekala saja boleh. Sebab manis sangat. Tak elok untuk kesihatan.


** pengalaman pertama Sofea makan gula-gula kapas... sangat unik katanya...


Post a Comment

5 Comments

  1. hihi comelnya. tengok tu tingat pulak kecik2 merap kat mak ayah nak cotton candy.
    padahal makan sikit je. lebih tu keras gitu ja..

    ReplyDelete
  2. kihkihkihkih.. comelje sofea.. mesti ayat sofea macm gini "alaaa mummy bolehh lahh sofea nak cuba rasaaaa. pleaseee.."

    ReplyDelete
  3. Lama tak beli gula-gula kapas ini.. Kalau beli satu, syok makan ramai-ramai.. Cair dimulut..

    ReplyDelete
  4. hihi comel je sofea makan gula-gula kapas. pasti teruja sebab masuk dalam mulut gula-gula tu mencair dan hilang. hahaha

    ReplyDelete