Manfaatkan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

Umumnya.. rata-rata rakyat Malaysia telah pun sedia maklum tentang Bantuan Sara Hidup 2019 dan pendaftarannya akan dibuka pada bulan Januari 2019. Satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat dengan kos sara hidup yang kian tinggi. Serba-serbi semuanya kena bayar.  Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berkemampuan. Pastinya amat perit untuk meneruskan kehidupan.

Mujur kerajaan amat prihatin dengan rakyat dan wujudkan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH 2019). Sedikit sebanyak dapat juga membantu.



Berdasarkan kepada Belanjawan 2019 yang telah diumumkan sebelum ini, ada 3 kategori untuk BSH 2019 :

  • Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 akan mendapat bantuan sebanyak RM1,000
  • Pendapatan isi rumah antara RM2,001 hingga RM3,000 akan mendapat bantuan sebanyak RM750
  • Pendapatan isi rumah antara RM3,001 hingga RM4,000 akan mendapat bantuan sebanyak RM500

* Tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang sahaja), kecuali anak golongan kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur mereka

Sungguh pun begitu, bantuan ini hanya akan diberikan kepada penerima yang layak dan fokus pada kategori isi rumah sahaja manakala kategori bujang seperti di dalam BR1M sebelum ini telah digugurkan.

Harapan Mia agar penerima BSH 2019 akan dapat memanfaatkan wang tersebut untuk perbelanjaan keperluan seperti belanja barang dapur, membayar bil utiliti seperti bil elektrik dan air, keperluan pakaian, keperluan sekolah anak, membantu membayar kos perubatan bagi yang membuat rawatan sakit dan lain-lain yang penting. Perlu diingatkan. Utamakan keperluan dari kehendak.

Di samping itu, pengurusan kewangan juga hendaklah dititikberatkan supaya tiada pembaziran dalam menggunakan wang BSH 2019 ini dengan merancang terlebih dahulu bajet perbelanjaan isi rumah dan dahulukan keperluan yang betul-betul mendesak bukannya sesuka hati boros berbelanja mengikut kehendak semata-mata. Memang akan merugikan.

Disarankan sekiranya ada lebihan, bolehlah membuat tabung simpanan atau melabur di institusi kewangan seperti ASB atau Unit Trust. Boleh mendapatkan pulangan yang menguntungkan di masa hadapan dalam jangka masa panjang.

Moga pemberian BSH 2019 ini ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa pembaziran seterusnya dapat membantu menampung kewangan penerima dan ekonomi keluarga.


** untuk rakyat.... alhamdulillah....

Post a Comment

4 Comments

  1. Ibu risau bila takde bantuan, alhamdulillah jugak ade akhirnya...tak kisha pasal amaun tapi ada bantuan pun dah syukur sangat

    ReplyDelete
  2. thanks for the share...rietta xallert plak dgn bantuan ni....

    ReplyDelete
  3. semoga penerima manfaatkan sebaiknya bantuan ni

    ReplyDelete