Belajar BijakSifir Sifu Taj


Kisah Sofea di musim cuti sekolah ini. Memang Sofea balik kampung. Tapi Mia ambil bawa balik ke Johor Bahru untuk kelas belajar BijakSifir Sifu Taj pada 7 hingga 10 Disember 2018 di Maths Therapy Centre Bandar Baru Uda Johor Bahru.

Kaedah pengajaran Sifir menggunakan Kaedah Sifu Taj : 🤗🤗
  • Kelas berlangsung dengan 1 Guru : 10 pelajar.
  • Sesuai anak berusia 9-15 tahun.
  • Kaedah mencongak seperti zaman atuk nenek.
  • Terbukti meningkatkan keseronokan meneroka dunia Matematik. 
  • Kaedah pengajaran adalah berasaskan 3 kemahiran teras iaitu Tambah, Congak dan Berfikir secara kreatif sesuai dengan KBAT.
  • Pelajar akan seronok untuk belajar Matematik.
  • Modul ini diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia dan satu-satunya yang ada di Malaysia.

Hari pertama excited nak belajar.

Modul Gerak Gempur BijakSifir Sifu Taj


Hari terakhir bergambar dengan Teacher Aida


Mia rasa puas hati selepas Sofea habis belajar secara intensif BijakSifir ni. Banyak perubahan positif pada Sofea. Dapat jawab sifir dengan pantas dan cekap. Bukan satu digit... dua digit pun boleh. Alhamdulillah.... lepas ini kena rajin buat latih tubi untuk lebih mahir mengira.

Syukur sangat. Seronok betul Sofea bercerita dengan atuk neneknya cara mengira Sifir yang baru bila Mia hantar dia balik kampung.


** bagus teknik ni...


Post a Comment

6 Comments

  1. Wah...bagus tuh... Kembalikan cara pembelajaran atok nenek dan kita dulu. Congak..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya buah hati Mia tu..adik Sofea..rajin belajar ya dek

    ReplyDelete
  3. eh bagusnya...ada buat kat kl tak agak2nya...huhu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah , nampak dia pun happy tu

    ReplyDelete