Syarikat komited tingkat pembangunan modal insan menerusi penglibatan aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional di bawah Kementerian Sumber Manusia
Kuala Lumpur, 28 September 2018 – McDonald’s baru-baru ini menerima tiga anugerah berprestij Sumber Manusia yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat paling berdedikasi dan merupakan aspirasi untuk bekerja. Tiga anugerah yang diterima adalah Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) (Best Companies to Work for in Asia 2018 (Malaysia Edition)) oleh HR Asia; Majikan Terbaik di Malaysia 2018 (Best Employer in Malaysia 2018) oleh AON; dan Majikan Francais Terbaik 2018 (Best Franchise Employer 2018) oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA).
Kami amat teruja menerima penghormatan ini. Menjadi penerima tiga anugerah berprestij ini merupakan testimoni terhadap kejayaan jenama McDonald’s di Malaysia dan pengiktirafan terhadap kemantapan kepimpinan perniagaan kami yang mengutamakan bakat dan menekankan kepentingan modal insan sebagai penyumbang utama terhadap kejayaan dalam perniagaan”, kata Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald’s Malaysia.
Azhar menyatakan bahawa pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) – Keluarga & Rakan-rakan (Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. McDonald’s juga memberi Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk kakitangannya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan pembangunan kerjaya untuk jangka masa panjang.
Selain itu, restoran khidmat segera ini juga menggalakkan “Budaya McDonald’s” atau “McDonald’s Culture” yang terdiri daripada tiga teras – Mengutamakan Pelanggan (Guest-obsessed); Lebih Baik Bersama (Better Together); dan Komitmen untuk Memimpin (Commitment to Lead) – yang menjadi panduan untuk kemajuan yang berterusan. Menerusi Budaya McDonald’s, syarikat amat komited untuk memastikan pelanggannya menikmati pengalaman yang terbaik di McDonald’s, menggalakkan semangat berpasukan sesama kakitangan dan sentiasa memberi impak positif terhadap industri khidmat segera, komuniti dan juga planet.
“Di McDonald’s, kakitangan adalah lambang jenama dan merupakan aspek penting dalam kejayaan kami. Kami hendak memanfaatkan skala saiz yang ada dengan menjadikan program pembangunan dan latihan sebagai cara yang membolehkan kakitangan kami melangkah maju ke hadapan, terutamanya, dibidang fungsi kerja dan kepimpinan. Sehingga kini, kami melaburkan lebih RM 8.2 juta setahun dalam pelbagai inisiatif pembangunan modal insan. Kesemua 12,000 kakitangan McDonald’s di Malaysia dikehendaki menjalani program pembangunan dan latihan berstruktur yang berterusan dalam peringkat kerjaya mereka agar mereka mampu memenuhi potensi diri,” tambah Azhar.
Melangkah ke Hadapan dengan Sistem Latihan Dual Nasional
Bagi meningkatkan piawaian syarikat dalam pembangunan modal insan dan mengasah bakat baharu, McDonald’s turut terlibat secara aktif dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia. McDonald’s Malaysia merupakan pengendali restoran khidmat segera pertama yang menerima pengiktirafan SLDN daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
SLDN merupakan program berorientasikan latihan industri di mana ia menggabungkan situasi pembelajaran di tempat kerja dan juga di institut latihan. Sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan, pelatih McDonald’s akan menerima 70 – 80 peratus pembelajaran melibatkan latihan praktikal di restoran dan 30 – 20 peratus pula merupakan pembelajaran secara teori di dalam kelas.
Sebaik sahaja mereka lulus ujian penilaian dan peperiksaan akhir yang akan dijalankan di penghujung program latihan, mereka akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sijil ini melayakkan mereka untuk bekerja di restoran McDonald’s dan mengembangkan lagi kerjaya mereka.
Selain menerima tajaan penuh untuk program latihan, setiap pelatih juga diberi elaun sara hidup sebanyak RM1,200, manfaat insurans dan perubatan serta makanan percuma.
Pusat Latihan McDonald’s di Menara TH, Petaling Jaya merupakan pusat latihan di dalam kelas yang diluluskan untuk SLDN. Menjelang penghujung tahun ini, sejumlah 100 restoran McDonald’s akan diberi pensijilan sebagai lokasi latihan praktikal, melibatkan kira-kira 1,000 pelatih. Restoran-restoran tersebut terletak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
** press release...
3 Comments
Tahniah McDonald's
ReplyDeleteTahniah mcDonald 😊
ReplyDeleteHebat MCdonald
ReplyDelete