Taklimat & Latihan Kebakaran Oleh Bomba Johor

Kisah hari Ahad yang lepas... 22 Julai 2018 di pejabat Mia. Ada Taklimat & Latihan Kebakaran oleh Bomba Johor. Sebelum ini.. kalau tak silap Mia.. 2 tahun yang lepas ada buat tapi kali ini lagi detail penerangan dan demo yang diberikan selain dari berkumpul beramai-ramai selepas penggera kebakaran berbunyi.

Nota penting :
  1. Kalau ada kebakaran kita kena call bomba. Kalau tiada laporan bomba, kita tak boleh claim insurans.
  2. Ada 3 elemen yang boleh mengakibatkan kebakaran iaitu oksigen, haba dan bahan api. Kena padamkan salah satu dari elemen ini untuk matikan api.
  3. Simpan nombor telefon bomba yang berdekatan sebab bila call 999, centre di Melaka dan ambil masa untuk berhubung dengan Johor dan kenalpasti lokasi kejadian

Wajib tempek muka tuan blog dulu. Ngeri nak tengok dekat. Hujan lebat kat luar.

Taklimat yang lengkap dan terperinci disampaikan oleh pegawai Bomba Johor

Wajib hafal teori ini. Sekurang-kurangnya masa kejadian dah tahu caranya. Jangan pula masa itu, baru nak tengok step.. haru nanti.

Siap ada demo kebakaran dan cara dan padamkannya. Bagus sebagai pendedahan keselamatan di dapur. 

Jika kebakaran berlaku di paip salur gas, tutup dengan kain lembap untuk padamkan api dan kemudian tutup gas.


Cara kedua. Memang kena berani... iaitu dengan menutup hujung lubang salur gas menggunakan jari. Tutup penuh dengan jari dan kemudian tutup gas.


Kalau sedang masak dan kuali terbakar. Jangan disimbah dengan air. Api akan menjadi marak. Gunakan kain lembap dan tutup sepenuhnya. Biarkan seketika dan letak di luar.

Biarkan sejuk dan buka kain lembap perlahan-perlahan.

Jika periuk yang terbakar, tutup segera dengan penutup periuk dan matikan gas. Bawa periuk dan letak di luar. Biarkan sejuk. Jangan dibuka penutupnya, sebab api akan hidup kembali. 


Akhir sekali... bila hujan dah berhenti. Aktiviti memadamkan api kebakaran dengan menggunakan pemadam api. Dah hafal caranya... ni praktikalnya.


Banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada semua staf kat pejabat ini. Satu lagi rupanya kena buka kepala gas kalau lama tinggalkan rumah dan tutup dengan penutupnya. Sebab kita tak tahu bahaya yang akan berlaku di rumah semasa kita tiada.


** Mia tak berani nak cuba... tengok je...


Post a Comment

4 Comments

  1. terbaek.. kat sini pun pernah dgr taklimat bomba :)

    ReplyDelete
  2. teringat dulu dapur rumah penah terbakar...

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman sekolah kalau latihan kebakaran ni heheheh...

    ReplyDelete
  4. teringat latihan kebakaran kat sekolah.. paling tunggu stunt abang2 bomba terjun dari tingkat atas..

    ReplyDelete