Potluck Raya JDT Blogger 2018


Meriah sakan kami... group JDT Blogger buat potluck raya di rumah blogger Sis Lin di Pasir Gudang pada hari Jumaat, 6 Julai 2018 pada sebelah malam. Jadinya Mia dah plan awal nak buat cendol di rumah Adik Mia yang sememangnya berdekatan dengan rumah Sis Lin. Cara-cara nak buat cendol ada kisahnya di SINI.

Pelbagai menu dan juadah yang dibawa dari rumah masing-masing. Berkumpullah kami di rumah Sis Lin dengan meriahnya. 

Mia bawa cendol dan air kotak. 2 karton air kotak milo dan 1 karton setengah air kotak laici. Tup-tup malam itu boleh dapat gelaran Makcik Cendol dan Makcik Kantin. Laris sakan air kotak milo... budak-budak suka...

Jom layan....










Mak aiii... penuhnya perut macam apa. Banyak sangat tak habis sehingga kami semua tapau bawa balik rumah.


Diucapkan ribuan terima kasih pada Sis Lin sebab sudi jadi tuan rumah untuk Potluck Raya JDT Blogger tahun ini....

Psttt... Senarai ahli JDT Blogger ada di SINI.


** sweet gathering JDT Blogger.... klik SINI untuk terjah blog Sis Lin...


Post a Comment

8 Comments