Pada 13 Julai 2018 yang lepas, Mia dan beberapa rakan JDT Blogger yang lain telah mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri & Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Puteri Pacific Hotel Johor Bahru.
Alhamdulillah... majlis berjalan dengan begitu meriah dan jayanya bagi meraikan anak-anak dari rumah kebajikan anak yatim di sekitar Johor. Sumbangan bernilai sebanyak RM3,000 telah disampaikan kepada Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria, Pusat Jagaan Kasih Setanggi, Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah, Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru dan Pertubuhan Amal Kanak-Kanak Yatim & Miskin Skudai (Raudhatul Maryam).
Bertambah meriah majlis ini apabila semua yang hadir menonton persembahan dari anak-anak ini. Nampak comel mereka di atas pentas. Terhibur hadirin sekalian.
Jamuan makan disediakan. Pelbagai menu juadah raya untuk santapan semua. Sedap dan menyelerakan.
Sebelum majlis tamat, ada sesi fotografi, penyampaian beg sekolah dan duit raya kepada anak-anak yang hadir. Terukir air muka keriangan di wajah mereka.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada Ms Sumitha (yang berbaju hijau) dari Puteri Pacific Hotel Johor Bahru yang sudi menjemput kami sebagai wakil media / blogger. Rakan JDT Blogger yang hadir ke event ini ialah Kak Seri, Ain, Sis Lin dan Sunah. Juga Jiha dari Iskandarian.
Satu inisiatif yang boleh dibanggakan atas usaha murni Puteri Pacific Hotel Johor Bahru membantu anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan bantuan. Moga program seperti dapat diteruskan di masa akan datang.
The Puteri Pacific Johor Bahru
Jalan Abdullah Ibrahim
PO Box 293
80730 Johor Bahru, Johor
** tersentuh jiwa ini....
3 Comments
sedap2 nampak juadahnya. tahniah Mia, semoga terus sukses ;)
ReplyDeleteAlhamdulilah berkesempatan bersama meraikannya...
ReplyDeleteSelalu buat tempahan penginapan di hotel tersebut tapi bukan untuk ai tapi untuk bos ai.. hehehe..
ReplyDelete