Kisah petang Jumaat lepas di rumah Adik Mia kat Pasir Gudang. Malamnya ada Potluck Raya JDT Blogger di rumah blogger Sis Lin. Rumahnya dekat-dekat juga.
Hmmm... Mia bawa dessert cendol dan air kotak.
Operasi buat cendol dibuat bersama Adik Mia di dapur rumah dia. Jom tengok...
Buat yang mudah. Cara nak buatnya pun senang. Masak santan dan air gula (gula melaka + gula merah + gula pasir). Rebus jagung. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas cendol seperti kacang merah, cendol dan jagung. Bila santan dan air gula dah sejuk barulah dituang ke dalam bekas cendol. Siap....
Malam itu, sampai saja kat rumah Sis Lin... terus tuang ais ke dalam bekas cendol. Biar ada rasa sejuk cendol ni. Leganya....
** tetiba dapat gelaran Makcik Cendol.... hihihi...
7 Comments
bestnya
ReplyDeleteMakcik Cendol Makcik Kantin..hihihi
ReplyDeleteSedap cendol tuu..mekasih kak mia 💕
Nak cuba buat cendol gak terima kasih kak mia share resepi
ReplyDeletewaaa.. terbaek..sedap cendol ni :)
ReplyDeletewow! bestnyaa. nampak sedap cendol tu .nyum
ReplyDeletemakcik kantin sekali tuuu..hahhahaa.. kelako betul kalau ingat balik..
ReplyDeleteterliur lak nak makan cendol mia ni
ReplyDelete