Seawal pagi Mia testing jahitan kat perca menggunakan mesin jahit Singer Promise 1409 yang dibeli di Lazada. Jahitan bahagian atas elok. Yang bawah tak elok pula.
Mia call kedai Singer kat Bangunan Abu Kassim, Tampoi... buat appointment untuk tuning mesin jahit ni. Serah pada yang pakar. Tak berani nak tuning sendiri. Appointment dengan mekanik mesin jahit Singer pada pukul 11.00 pagi tadi.
Ulasan mekanik katanya ramai yang beli mesin jahit Singer kat Lazada datang sini buat tuning. Ada yang jammed langsung. Mujur Mia punya boleh guna cuma perlu tuning semula setting bahagian bawah mesin jahit. Katanya ada lari sedikit. Leganya.
Siap ajar Mia cara pasang benang yang betul, saiz benang dengan fabrik kain yang sesuai, setting tension thread ikut fabrik kain dan penjagaan mesin jahit supaya tahan lama. Peramah brother ni. Dah lebih 26 tahun pengalaman dengan mesin jahit Singer.
Selepas selesai tuning, Mia test jahitan dan rasa sangat puas hati. Kos tuning dan repair sedikit part mekanikal bahagian bawah mesin jahit harganya RM50.
** yeay... dah boleh jahit lepas ni....
6 Comments
ramai yg ada masalah rupanya...
ReplyDeleteOooo ada dengar juga tapi bukan beli Lazada aje Mia, beli kat kedai elektrik biasa pun ada. Kalau beli kat Singer dh siap tuning..
ReplyDeletebeli online kat lazada memang gitu la kot.kalau kita beli kat kedai dia ajar siap-siap.
ReplyDeleteJanji Kita
ooo..kena hantar tuning sendiri ye.adoi..ingat kalau beli dah boleh terus guna dah
ReplyDeletealhamdulillah..blh sambung jahit blk..:)
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDelete