Jun Gong Detox Patch


Setiap kali balik kampung, Mia akan restock Jun Gong Detox Patch di Farmasi Rite Aid, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Setakat ini.. serasi dengan Mia. Nak gunanya pun senang. Hanya perlu tampal di tengah tapak kaki sebelum tidur.



Mengikut akupuntur Cina sejak ribu tahun yang lalu, kaki boleh mencerminkan tahap kesihatan seseorang, tapak kaki boleh mencerminkan organ seseorang manusia. Mengikut tabib Cina sejak ribuan tahun yang lalu, pengaliran darah boleh dari kepala kita sampai kepada tapak kaki dan di sinilah toksin akan dikekalkan dari keseluruhan badan disebabkan tekanan darah yang berbeza pada setiap orang. Jika badan seseorang yang kuat, cergas dan sihat, toksin ini dapat dikeluarkan melalui urin, peluh dan pembuangan air besar. Jika seseorang yang tidak begitu cergas, toksin ini tidak dapat dikeluarkan dan akan kekal di badan kita serta organ-organ kita akan menyerap toksin ini. Pada peringkat awal kita tidak akan merasai apa-apa tanda toksin ini, tetapi lama-kelamaan semakin banyak toksin dikekalkan dan organ kita semakin haus dan letih. Kita akan dapat merasai keletihan, lenguh dan sebagainya. Ini menandakan organ-organ semakin letih untuk menentang toksin ini dan memberi amaran kepada kita, jika kita tidak mengambil tindakan dan menolong organ-organ kita menentang toksin ini untuk dikeluarkan dari badan kita, kita akan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi, masalah gastrik, masalah jantung dan sebagainya.


** jom detoks badan kita....


Post a Comment

2 Comments