RUMAWIP | Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan


Bukan satu pilihan yang mudah untuk Mia bekerja swasta di Kuala Lumpur selepas tamat pengajian Diploma Lanjutan Teknologi Maklumat akhir tahun 1999. Masa itu, nak cari pengalaman kerja di kota metropolitan Kuala Lumpur. Dua bulan menganggur barulah dapat kerja yang berkaitan ICT dengan gaji kecil. Baru nak hidup berdikari sendiri dan menyewa bilik berkongsi dengan 2 orang lain. Hajat di hati, satu masa nanti nak sewa bilik seorang dan selepas itu nak menyewa rumah seorang. Nak selesa dan privacy. Nak beli rumah jauh sekali. Belum mampu lagi.

Kalau masa belajar duduk asrama, tidak terfikir langsung tentang hal beli rumah. Tetapi bila dah mula kerja, memiliki rumah sendiri adalah sangat penting. Kos sara hidup di Kuala Lumpur sangat tinggi walaupun masih bujang. Rasanya kalau tak buat bajet bulanan, boleh burst. Bayangkan kalau yang dah ada keluarga dengan anak-anak kecil... macam mana nak survive kat Kuala Lumpur.

Akhir tahun 2000, Mia tukar ke tempat kerja lain dengan gaji yang lebih besar sedikit dan menyewa sebuah rumah flat tingkat 5 dengan harga RM500 sebulan di Pandan Indah. Beli barang rumah mana yang perlu saja sebab tinggal seorang. Masak hari-hari untuk lebih jimat. Memang buat bajet bulanan supaya ada simpanan sedikit. Sayangnya... RM500 itu kalau lah dibayar bulan-bulan untuk rumah sendiri.. kan best..

Ni kisah dulu. Masa Mia tinggal di Kuala Lumpur beberapa tahun sebelum berpindah kerja kerajaan di Johor Bahru. Serius. Memang tak ada pun program rumah murah oleh kerajaan di Kuala Lumpur pada masa itu. Betapa ramai yang menyewa dari membeli rumah.





Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang kini sangat prihatin terhadap masyarakat dan menggubal Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) berkuatkuasa sejak 8 Mac 2013. Fokus utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri di persekitaran rumah yang selesa dan lengkap dengan kemudahan sosial bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.



Dasar RUMAHWIP dirangka dengan :

Teras 1 – Penyediaan perumahan yang mencukupi mengikut keperluan khusus golongan yang memerlukan.
Teras 2 – Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan memastikan pematuhan kepada sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan perumahan.
Teras 3 – Menjamin stok penawaran rumah mampu milik seimbang dengan permintaan mengikut kumpulan pendapatan (peningkatan keupayaan dan akses rakyat memiliki rumah).
Teras 4 – Peningkatan tahap kemudahan sosial, perkhidmatan asas dan persekitaran berdaya huni mengikut piawaian dan garis panduan.

RUMAWIP menawarkan 3 kategori rumah mampu milik iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata. Jenis dan harga rumah yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

JENIS
HARGA JUALAN
SAIZ MINIMA
Rumah Harga Rendah

RM63,000 (Kuala Lumpur dan Putrajaya)
RM52,000 (Labuan)

700 kaki persegi (3 bilik tidur)
Rumah Harga Sederhana Rendah
RM63,001 - RM150,000
800 kaki persegi (3 bilik tidur)
dan 
650 kaki persegi ( 2 bilik tidur dan kurang)


Syarat Kelayakan Memiliki RUMAWIP :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
  4. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan


Video Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan RUMAWIP


Kemudahan yang sangat menarik ini amat rugi jika dilepaskan begitu saja. Rebutlah peluang ini dan mohonlah RUMAWIP demi keselesaan sekeluarga dengan komuniti persekitaran yang terancang. Banyak kelebihan di sini daripada terus menyewa dengan kos sewa rumah semakin meningkat saban tahun ditambah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi di kota metropolitan Kuala Lumpur. Terpaksa bertukar-tukar rumah sewa untuk keselesaan mengikut kemampuan.

Miliki rumah sendiri dengan RUMAWIP, akan lebih menjaminkan kehidupan yang selesa dan mampu milik.



Info selanjutnya boleh didapati di


** rumahku... syurgaku...


Post a Comment

17 Comments

  1. Dengan keadaan harga rumah yang sangat mahal menyebabkan ramai antara kita tak boleh nak beli rumah. Moga inisiatif dbkl ni dapat membantu mereka yang ingin memiliki rumah

    ReplyDelete
  2. Membantu sangat pada golongan yang tak berkemampuan.. Bolehlah ada rumah sendiri dengan adanya program ini..

    ReplyDelete
  3. Moga memudahkan mereka yang berkelayakan membelinya. Janganlah ada yang ambil kesempatan disebalik kemudahan yang diberi.

    ReplyDelete
  4. Siapa yang layak kena apply rebut peluang yang disediakan

    ReplyDelete
  5. Cantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)

    ReplyDelete
  6. Itu lahh..teringat pula zaman2 masih lum ada rumah tuu..untung sekarang kalau siapa dapat ni.

    ReplyDelete
  7. Rumah 700 kaki,63k je harga? Murah sgt, untung yg dpt beli rumawip ni

    ReplyDelete
  8. Siapa yang layak ni lebih baik ambil peluang ni cepat. Rugi kalau tunggu lama-lama ni

    ReplyDelete
  9. terbaiklah rumawip ni..sekurang dpt lah bernafas lega untuk bajet kan

    ReplyDelete
  10. yang layak memohon tu, bolehlah cuba ...

    ReplyDelete
  11. Kita kena pandai nak intai lubuk lubuk macam ni kan

    ReplyDelete
  12. Lepas ni peluang nak beli rumah ada untuk golongan sederhana

    ReplyDelete
  13. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete
  14. lama dah RUMAWIP ni. awat lew den baru tahu ni hahaha. lambat nau

    ReplyDelete