Projek menjahit di hujung minggu. Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Bertambah lah aktiviti Mia di rumah ini. Rasa gembira dapat buat sedikit demi sedikit.
Alhamdulillah... azam Mia tahun ini hampir tercapai. Bersambung dari entri SINI. Nampaknya bakal membuahkan hasil. Bermula dengan memotong kain untuk baju kurung Sofea. Ada juga tersalah potong beberapa pesak. Mungkin sebab pattern bunga menaik. Tu yang tersilap masa memotong. Namun digagahi juga. Part tebuk lubang kepala pun agak rumit juga. Tapi berjaya dibuat. Lepas siap jahit, Mia hantar jahit tepi kain. Dah 90% siap.. sepasang baju kurung Sofea sekarang ini. Tinggal nak kelim dan lipat bahagian bawah dan tangan baju Sofea serta tikam leher baju. Dah lama betul tak tikam, harap masih ingat lagi.
Antara gambar yang sempat Mia snap....
Antara gambar yang sempat Mia snap....
Memandangkan ada tersilap potong kain semasa nak potong baju kurung Sofea, jadinya kain itu tak cukup untuk Mia buat baju kurung. Bila dikira-kira... hanya cukup untuk buat jubah. Makanya tengah belajar buat jubah yang simple. Harap menjadi jubahnya.
** mood menjahit sendiri...
19 Comments
Tak sangkah kak.mia hebat dalam ilmu menjahit
ReplyDeleteuikkk.. takde la sangat... buat untuk sendiri je..
Deletebestnya kalau ada kemahiran boleh jahit bju
ReplyDeletenasib masa sek men dulu tolong mak jahit baju raya...
Deletecantiknya
ReplyDeleteingat2 lupa bila dah lama kan. tak sabar nak tengok hasil
ReplyDeletetu la.. nanti dah siap mia akan update ke blog..
DeleteWah.. Terrornya sis, jahit sendiri..
ReplyDeletebiasa-biasa je ni...
Deletewau bestnya mia pandai menjahit laa
ReplyDeletetak pandai sangat sebenarnya.. tapi cuba juga...
Deletewah pandai menjahit, jimat belanja.. upah menjahit sekarang pun boleh tahan juga..
ReplyDeletehaah.. faktor terpenting nape mia mula jahit semula...
Deleteperghhh terer eh menjahit kak mia..
ReplyDeletebelum siap lagi ni... belum terer lagi...
DeleteAlhamdulillah. Sedikit sebanyak dah berjaya dah tu kak Mia. Tak sabar nak tengok jubah tu siap
ReplyDeletesabar ya cik tie... jubah still in progress...
Deleteassalamualaikum mia...x pe bila silap mia janji boleh jadi juga akhirnya...
ReplyDeletewaalaikumussalam... haah mama.. yang penting boleh dipakai...
Delete