Shopping
Sampai Cun! Sebuah Acara Untuk Meraikan Kemeriahan Sambutan Hari Raya Dan
Menyemarakkan Bahang Kehangatan Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri.
Bulan Ramadhan bulan
mulia,
Di Quill City Mall kita
raikan;
Beraneka fesyen terbaru
sedia ada,
Promosi dan ganjaran BIG
Points menjadi tarikan.
Neon Pink menceriakan
suasana,
Singgah di Quill City Mall
Bersama rakan;
Adik-adikku buka puasa
Bersama artis di YASSS Raya,
Tanggungjawab sosial tidak
dilupakan.
Bersempena dengan bulan Ramadhan
dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pusat beli belah mesra keluarga yang
terletak di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, Quill City Mall, berbesar hati
untuk membawakan kepada anda sambutan paling bermakna iaitu pelancaran mega “Yasss Raya 2018”.
Bertemakan salah satu perayaan
terbesar di Malaysia, Yasss Raya 2018 diinspirasikan daripada trend raya
terkini yang mempamerkan dekorasi moden Hari Raya. Pengunjung pastinya akan
terpukau dengan kehebatan dekorasi Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL pada
Hari Raya ini. Mengambil inisiatif untuk lari dari tema balik kampung,
pengunjung sebaliknya telah disajikan dengan tema moden yang diserikan dengan
warna-warna pastel dan lampu neon; sebuah dekorasi separa hipster.
Terokai koleksi-koleksi fesyen
terkini dengan lebih 1,000 pilihan koleksi hari raya dan lebih 40 buah gerai
jualan yang menampilkan fesyen generasi muda dan separa hipster. Pembeli dan
pengunjung yang mencari baju baharu untuk hari raya yang bakal tiba ini,
berpeluang untuk mendapatkan busana menarik dari jenama terkemuka oleh para
selebriti seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty Official, Mora & Haze,
Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture,
Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha,
Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di
Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi. Gerai jualan untuk fesyen raya akan
berada di Main Entrance dan Main Atrium. Dapatkan fesyen raya terkini dan ambil
gambar anda untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.
Nama kempen Yasss Raya 2018
terhasil melalui tema raya tahun ini yang diinspirasikan dari kemeriahan dan
kehangatan suasana hari raya. Lampu neon yang menyerlah mewarnai segenap Main
Atrium. Hamparan karpet rumput dan bean bag yang tersedia di ruang Main Atrium
memberi ruang kepada keluara dan anak-anak muda untuk berbuka puasa dalam
suasana lebih santai. Konsep ruang terbuka ini memberi kebebasan kepada anak
muda untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan koleksi fesyen terkini
disekeliling mereka. Kemeriahan suasana perayaan dengan gemerlapan lampu
pastinya menjadi lokasi yang sesuai untuk berswafoto atau swafoto berkumpulan.
Pembeli dan pengunjung akan
disajikan dengan paparan skrin LED terbesar yang memaparkan koleksi hari raya
yang terkini. Pencinta fesyen amatlah dialu-alukan untuk turut serta kerana
kesemua fesyen terkini dibawakan khas untuk generasi muda yang peka dengan
perkembangan fesyen terkini.
Acara pelancaran gilang gemilang ini
dibawakan khas oleh Quill City Mall kepada rakan-rakan media, rakan kongsi dan
para pembeli. Acara ini akan dimulakan dengan persembahan tarian dan diteruskan
dengan ucapan Hari Raya beserta ucapan alu-aluan kepada rakan media dan pembeli
oleh Pengarah Eksekutif dari Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong.
Acara akan diteruskan dengan pelancaran rasmi oleh Dato’ Ar. Michael Ong,
Pengarah Eksekutif, Dato’ Lee Fong Yong Pengerusi, Encik Alan Cheong, Pengurus
Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo, Timbalan Presiden, Pemasaran
Quill City Mall.
Acara turut diserikan dengan
persembahan IamNEETA yang telah menghiburkan para pembeli dan pengunjung.
Selain itu, acara ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkemuka
seperti Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz
Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz. Tidak
ketinggalan juga persembahan tarian yang memperagakan fesyen terkini yang pasti
memukau pembeli dan pengunjung.
Seramai 50 orang kanak-kanak dari
Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah telah diraikan dalam “Majlis
Berbuka Puasa” sebagai inisiatif tanggungjawab Sosial Korporat bersempena
dengan sambutan Ramadhan dan Hari Raya
Aidilfitri. Kanak-kanak ini juga dijemput untuk meluangkan waktu mereka di
Quill City Mall KL bersempena dengan sambutan Hari Raya.
“Saya ingin berterima kasih
kepada selebriti muda yang turut serta untuk menyumbang dalam pertunjukan
koleksi fesyen raya untuk tahun ini. Kami amat berbesar hati untuk menjadi tuan
rumah kepada pelancaran mega kempen Yasss Raya 2018 dan Inisiatif tanggungjawab
sosial korporat.
Melalui acara ini, Quill City
Mall KL berharap untuk menyampaikan makna sebenar Ramadhan kepada anak-anak
dari Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah. Bersempena dengan acara
yang berbahagia ini, kami berharap agar anak-anak ini berbahagia sepanjang
perayaan yang indah, dilimpahi dengan kebaikan; kerana kami turut tidak
melupakan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Inisiatif ini
sememangnya untuk memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada
anak-anak ini sempena Hari Raya tahun ini, sekaligus menyemarakkan kegembiraan
dan berbahagi kasih kepada golongan kurang bernasib baik,” kata Dato’ Ar.
Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan dari Kumpulan Syarikat Quill.
Sebagai sebahagian daripada usaha
murni untuk menyebarluas kasih sayang bersempena Hari Raya ini, Quill City Mall
KL telah memberikan saguhati paket Yasss Rayakepada anak-anak ini. Mereka telah
menerima saguhati paket Hari Raya dari pihak pengurusan Quill City Mall KL.
Kanak-kanak ini kemudiannya telah
diraikan dalam satu jamuan berbuka puasa di Aragan Yokocho, sebuah restoran
Jepun yang menyajikan makanan-makanan Jepun – restoran pertama seumpamanya dan
terbesar di Asia. Restoran ini menyediakan ruang makan yang berbeza-beza
mengikut 4 musim seperti di Jepun: musim luruh, musim panas, musim bunga dan
musim sejuk. Pembeli juga boleh turut serta untuk merasai 4 musim Berbuka Puasa
di sini.
Persembahan Secara Langsung dan Kemunculan Para
Selebriti Untuk Memeriahkan Suasana
Persembahan
Secara Langsung dan kemunculan selebriti undangan pada Tarikh-tarikh tertentu
akan menyerikan lagi acara ini. Antaranya ialah Annas Easkey, Anzalna Nasir,
Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin
dan Hazwan Faiz. Kehadiran mereka pastinya menggamatkan lagi suasana Yasss Raya
2018. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan selebriti kegemaran anda sepanjang
kempen ini berlangsung. Pembeli dan pengunjung akan berpeluang untuk bertemu
dengan selebriti kesayangan semasa kempen ini berlangsung.
Promosi dan Pertandingan Hari Raya
Penebusan
paket raya yang unik dari Yasss Raya, Cabutan Bertuah Yasss Raya, Carousel
Ride, Pertandingan Gambar Yasss Raya dan banyak lagi menanti anda di Quill City
Mall KL. Rebut peluang untuk menebus hadiah edisi terhad dan menangi
hadiah-hadiah menarik sepanjang berlangsungnya Yasss Raya 2018 ketika anda
singgah di Quill City Mall KL. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pertandingan Gambar Yasss Raya
akan memberikan pembeli dan pengunjung untuk merakam dan berkongsi detik
bermakna bersama rakan dan keluarga ketika memriahkan suasana Hari Raya di
sini. Dekorasi yang cantik dan terkini akan menghiasi acara ini.
Pertandingan akan bermula pada 17
Mei sehingga 12 Jun 2018, hanya satu gambar untuk setiap penyertaan, peserta
boleh menyertai pertandingan ini tanpa had dan hanya 3 pemenang akan dipilih
secara rawak untuk memenangi baucer tunai membeli belah dari Quill City Mall KL
sebanyak RM500.00.
Anda pernah terfikir untuk
mendermakan baju lama yang masih boleh dipakai? Anda boleh menyumbangkan baju
anda di Refash. Refash merupakan platform yang membolehkan anda untuk
berjual-beli pakaian. Anda boleh menjual baju-baju anda kepada pihak Quill City
Mall KL untuk mendapatkan pulangan berupa baucar.
Dengan kerjasama United Overseas
Bank (UOB), anda berpeluang untuk mendapatkan kad UOB dan gajet-gajet hebat
setiap minggu. Anda hanya perlu berbelanja menggunakan Kad UOB anda dan
berpeluang untuk memenangi sebuah Apple MacBook 1.2GHz Hari Raya ini. Anda
layak untuk menyertai peluang ini untuk setiap pembelian bernilai RM50. Semakin
banyak peluang yang anda miliki, semamin tinggi peluang untuk anda menang.
Anda juga berpeluang untuk
mendapatkan saguhati dengan setia pembelian minimum RM250 dengan kad UOB atau
RM350 untuk pengguna bukan ahli UOB di Quill City Mall KL dan tebus bantal
leher eksklusif dan tambahan 500 AirAsia BIG Points percuma. Hadiah ini boleh
ditebus di Kaunter Pengaktifan UOB, Main Atrium, Ground Floor. Stok terhad
untuk 200 pembeli terawal sahaja. Penebusan hanya boleh dilakukan setiap minggu
bermula jam 10 pagi-10 malam, setiap Khamis hingga Ahad. Promosi ini bermula
dari 17 Mei sehingga 12 Jun 2018. Tertakluk pada terma dan syarat.
Tidak ketinggalan juga penyertaan
untuk Shop, Dine and Win 3.0 yang bermula dari 18 Mei hingga 29 Julai 2018 yang
menawarkan ganjaran sehingga RM15,000 untuk dimenangi. Mari membeli belah di
sini untuk keperluan Hari Raya anda dan menangi hadiah mingguan yang tersedia.
Tiga kali ganda kegembiraan yang diserikan oleh Jualan Mega, Kumpul AirAsia BIG
Points dan menangi hadiah mingguan. Tiga (3) pemenang bertuah akan dipilih
secara rawak setiap 2 minggu sekali.
Quill City Mall ialah pilihan terbaik untuk anda berkumpul Bersama keluarga dan sahabat handai pada hari raya ini kerana anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan hadiah percuma hari raya daripada penjual seperti Modemarket, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi.
Quill City Mall ialah pilihan terbaik untuk anda berkumpul Bersama keluarga dan sahabat handai pada hari raya ini kerana anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan hadiah percuma hari raya daripada penjual seperti Modemarket, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi.
Selain daripada Program Kesetiaan
BIG Points AirAsia, pembeli juga berpeluang untuk menebus 2 BIG Points untuk
setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 1 BIG Point untuk setiap pembelian
RM1 pada hujung minggu di setiap outlet yang terdapat di Quill City Mall KL;
dengan kerjasama Program Kesetiaan BIG Points AirAsia yang menawarkan tawaran
eksklusif ini.
Bermula dari 17 Mei 2018 sehingga
24 Jun 2018, pembeli boleh mendapatkan 2X BIG Points untuk pembelian di setiap
kedai di Quill City Mall KL. Pembeli berpeluang untuk menebus 4 BIG Points
untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 2 BIG Points pada hujung
minggu. Pembeli juga berpeluang untuk menikmati 3X BIG Points eksklusif untuk
pembelian di GSC. Pembeli berpeluang untuk menebus 6 BIG Points untuk setiap
pembelian RM1 pada hari bekerja dan 3 BIG Points untuk setiap pembelian RM1
pada hujung minggu. Ahli Program Kesetiaan BIG Points AirAsia boleh mengumpul
point untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan serendah 500 BIG Points AirAsia.
Pembeli boleh memilih destinasi seperti Alor Setar, Penang, Jakarta, Surabaya
dan banyak lagi dengan point serendah 50 sehingga 500 point. Tertakluk kepada
terma dan syarat.
Lokasi strategik Quill City Mall
yang berdekatan dengan Lebuhraya, pengangkutan awam dan monorel Medan Tuanku
yang terletak di Jalan Sultan Ismail, berhadapan dengan Hotel Sheraton Imperial
Kuala Lumpur dan Asian Heritage Row; memberikan kemudahan yang pelbagai kepada
pengunjung dan pembeli. Sertai kami untuk berbuka puasa di Quill City Mall
untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas waktu puncak. Parking percuma bermula
jam 5 petang pad hari bekerja dan kadar rata RM3 pada hujung minggu.
Untuk maklumat lanjut mengenai
tawaran raya, dapatkan naskah Yasss Raya 2018 anda sekarang.
Untuk sebarang
pertanyaan dan pendaftaran untuk program dan promosi di Quill City Mall KL,
layari laman sosial kami di Facebook dan Instagram: QuillCityMallKualaLumpur
atau di laman web kami http://www.quillcitymall.com.my
** hebahan blog...
** hebahan blog...
11 Comments
wahhh.. bestnyer..
ReplyDeletehaah... nampak grand..
Deleteuuuuuuuii meriah lah raya ni
ReplyDeletesakan kan.. gja..
Deletenampak menarik ! :)
ReplyDeleteJemput untuk sertai giveaway terbaru
http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html
best tu..:)
ReplyDeletememang best kan...
Deletewow meriahnya
ReplyDeletethanks ya anum...
Deletemeriah betul
ReplyDelete| blog aimanabdullah |
haah kan aiman...
Delete