Dulu lain.. sekarang dah lain. Wajah Kuala Lumpur sekarang sudah tidak macam dulu lagi semasa Mia belajar dan mula kerja swasta dari tahun 1997 hingga 2002. Terlalu banyak bezanya. Rasa mcam tak percaya pun ada. Tidak tergambar dengan kata-kata. Terlalu teruja. Amazing... Awesome...
Yang Mia paling tak sangka... dulu Mia pernah lepak dengan rakan-rakan sekelas yang belajar IT di pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang. Biasalah, dah habis kelas, konon nak release tension. Kesiannya kat sungai ini. Keadaan tidak terjaga. Masa itu sempat lagi berseloroh kalaulah pertembungan dua sungai ini dan Masjid Jamek ini diberikan nafas baru oleh kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pastinya kota metropolitan Kuala Lumpur akan hidup dan segar di waktu malam. Maklumlah tengah cari idea nak menyiapkan assignment multimedia. Macam-macam brainstorming apa yang ada di depan mata.
Kini.... ternyata ianya telah menjadi satu kenyataan. Projek 'River Of Life ' (ROL) atau 'Kolam Biru' menjadi salah satu daya tarikan pelancongan baru di bandar Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017. Kolam Biru sepanjang 10.7 km adalah pertemuan dua sungai dalam bandar iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah Masjid Jamek Kuala Lumpur.
sumber gambar : google
Jom tonton dua video ini untuk gambaran yang lebih jelas tentang 'River Of Life ' (ROL) atau 'Kolam Biru'.
River of Life Transforms Kuala Lumpur
KL's River Of Life Project : Transforming The Lifeblood Of KL
Memang sangat cantik pemandangan sungai yang sangat indah dengan limpahan cahaya berwarna-warni berserta pancutan air mengikut irama muzik. Inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan Malaysia yang amat memberangsangkan dan boleh dibanggakan.
Ironinya, 'River Of Life ' (ROL) atau 'Kolam Biru' banyak memberi impak yang positif terhadap komuniti masyarakat Malaysia. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan seperti dijadikan tempat istirehat dan riadah. Boleh berbasikal, jogging, menonton persembahan buskin (muzik jalanan) sambil menikmati pemandangan menarik ini. Secara tidak langsung membuka peluang perniagaan baru dan boleh meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.
Kalau pergi bercuti ke Kuala Lumpur wajib singgah ke sini.
Hidup Kuala Lumpur! Hidup Wilayah Persekutuan!
** majulah industri pelancongan untuk negara... yeahhh....
47 Comments
Kinah pun dah singgah river of live ni. Memang cantik terutamanya pada waktu malam. Aktiviti di sekitarnya pun menarik.
ReplyDeleteCantiklah.... tq for the info, Mia
ReplyDeleteWah, macam ni sekali dah jadi belakang ni... Sebelum ni nampak orang post gambar, tapi tak tahu location...
ReplyDeleteLepas ni boleh ni photoshoot sini...
Memang kena lah dengan nama river of life tu. Beri hidup kawasan sekeliling
ReplyDeletecantiknya kolam ni..nti turun kl mesti singgah port ni..hehe
ReplyDeletetengok dalam gambar pun dah cantik tempat ni. kalau dapat tengok depan mata mesti lagi teruja. memang wajib pergi la kalau ke kl nanti
ReplyDeleteWahhhh yeke? Cantiknya!! Dedulu situ biasa jee skrg alahaii cantikknya! Mcm bukan dkt KL je. Bagus sangatt inisiatif mcm ni kannn . Terbaik!!!
ReplyDeleteCantiknya kak.. Zaza xtau ada river mcm ni kt kl.. Nanti turun kl nk pergi la kalau bkesempatan
ReplyDeletecantiknya..dulu sebelum kawen, suka lepak kat sini..tak tau pulak dh ada dekorasi macam ni skrg..serius lawa...
ReplyDeleteCantiknya ROL ni...sangat menarik mata memandang. KL makin cantik skrg
ReplyDeleteWah... X pernah tau dh secantik ini kawasan tu. Kena pergi tengok ni.. :)
ReplyDeleteCikla belum pernah ke sini lagi. Memang menariklah tmpt ni. Nanti boleh ajak encik suami beriadah kt sini... God sharing mia
ReplyDelete*good
Deletewow! tengok gambar pun boleh tahu mmg cantik la ...
ReplyDeletedulu2 time study kat sana, apasal la tak secantik mcm ni eh ...
Tak pernah pulak tau dan tak pernah pergi. Serius cantik sangattt..
ReplyDeleteAda tak ye kolam color pepel plak he he
Cantiknye... Lepak mlm best ni
ReplyDeleteWow, cantiknya! Last CN ke kawasan sekitar ROL ni thn 2009. Tak sangka dah banyak berubah. Terbaik lah DBKL 👍
ReplyDeleteCantik tempat ni. Macam2 aktivit menarik boleh di lakukan di sini. Tahniah DBKL..!!!!
ReplyDeleteyeah..;)
ReplyDeletewow.. cantik sgt ni... rasa nak g kl je sekarang ni...
ReplyDeletewow cantiknyaaaaa! tengok gambar ingat kat luar negara tadi rupanya kat KL je. perghh
ReplyDeleteHari tu dah bawak anak² pi tengok. Waktu malam memang cantik!
ReplyDeleteAsyik x sempat je nak amik pic kat sini..mmg cantik kan sini..
ReplyDeleteSerius cantik lah tempat ni.. nanti nak pergi singgah lah
ReplyDeleteMmg lain giler dah sekarang.. tak sangka boleh jd cantik mcm tu.. dulu tgk air sungai tu pun x lalu.. hehe
ReplyDeletecantiknyeeee...
ReplyDeletebetul tu kakm ia, berubah habis KL dulu dengan KL sekarang. Serba indah termasuklah sungai dia
ReplyDeletectk view dia skg..menambat hati pelancong hihi
ReplyDeleteCantik dah sungai ni. Daya tarikan terbaru untuk warga WP dan juga pelancong
ReplyDeleteuish ingat tadi duduk kat planet avatar la, rupanya dalam malaysia. memang terbaik la usaha WPKL memartabatkan ekonomi negara
ReplyDeletebestnyaaa..tq kak mia sbb share video tuh..luqman teruja tengok..memang nanti nak ajak member2 lepak kat sana la.
ReplyDeleteassalamualaikum mia...mmg cantik la...
ReplyDelete** Mama Maszull
Baru tahu tentang kolam biru ni. Nanti nak pi lepak sana lah
ReplyDeleteCantikk sangat tempat ni. Nanti nak pergi lah.
ReplyDeleteWah memang menarik. Lama Tak ke sini. Insyaallah kalau ke kL nanti nak singgah
ReplyDeleteSeriously memang terpegun sangat. Lagi satu sebab pantulan warna biru dari air tu menyerlah. Excited !
ReplyDeleteTengok dalam.tv hari tu. Cantik giler
ReplyDeleteBelum ada kesempatan nak ke sana.. tgk view pon dah cantik.
ReplyDeleteSerius baru tahu. Tq for sharing. Nice nyaaa!
ReplyDeleteTahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak
ReplyDeletedah makin cantik sungai ni.. kagum betul
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
cantiknya.. bagus de cmni.. menjaga sungai.. dri sungai busuk dna penuh sampah jadi tmpt menarik
ReplyDeleteMacam tak percaya jer sungai yang kotor dulu dah jadi cantik macam ni.
ReplyDeletekan..bertapa cantik dan indahnya sungai jika dijaga ..dipulihara sebegini
ReplyDeleteMasa bujang dulu selalu lepak sini tunggu bas mini tapi tak lah cun macam skrg ni :)
ReplyDeletecantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.
ReplyDeleteCantiknya view dia..k kalau tak tahu mesti kata bukan dalam negara ni
ReplyDelete