Nak Maintain Update Blog 4 Entri Sehari



Tentu perasan, kan? Sekarang ini Mia dah semakin rajin update blog. Sebelum ini, Mia memang update blog setiap hari cuma kadang tidak menentu dan tidak berapa nak konsisten. Banyak juga entri yang di update backdated. Ada hari yang tiada update. Ada hari yang cuti dari blog.

Mia nak cuba update blog 4 entri sehari pada awal Januari 2018. Tetapi tidak kesampaian dek komitmen kerja di awal tahun. Idea nak update itu ada, tapi masanya itu yang tidak berapa nak cantik. Pengurusan masa agak tak menentu. Tiba-tiba ada itu. Tiba-tiba ada ini. Benda tak diduga timbul yang ianya bukan dalam perancangan Mia. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga diatasi. Syukur, masuk bulan Februari 2018 dah dapat catch up dengan momentum kerja tahun ini. 

Dengan gembiranya, Mia nak update blog 4 entri sehari dan kekalkan momentum berblog ke tahap yang termampu termasuk Mia buat entri-entri autopublish mengikut tarikh dan masa yang Mia tetapkan. Jadinya.. pagi, tengahari, petang dan malam ada update dari Mia. Sweetnya... harap sangat dapat konsisten selepas ini.. yeahhh...

Nak update blog... Mood, idea dan semangat yang kental memainkan peranan penting. Kalau ada idea, tapi tak ada mood pun tak jalan juga. Kalau ada semangat yang kental, gigih nak update blog, sibuk macam mana pun tetap akan ada luangkan masa sedikit untuk update blog. Pokok pangkalnya hati. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kena ceriakan mood nanti akan dapat hasilkan entri blog yang positif. Banyakkan membaca untuk memantapkan skil kemahiran menulis.

Motif utama yang Mia nak sampaikan dalam entri ini sebenarnya... rajin-rajinlah update blog walaupun entri itu sekadar perkongsian maklumat ke.. entri santai-santai ke.. entri semasa ke.. entri sendiri ke.. tak kisahlah kan.. janji ada update blog.

Jangan biarkan pengunjung blog ternanti-nantikan update terkini dari kita. Jujurlah dengan mereka kerana merekalah yang support blog kita, bagi trafik kat blog kita.. tanpa mereka, tiada maknanya blog kita...


** motivasi diri untuk update blog.. jomm...


Post a Comment

20 Comments

  1. Wahhh gud luck kak Mia. Kita masih kekalkan satu entri satu hari. Inipun dah huhahuha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik tie. ok tu 1 entri sehari tapi kena konsisten...

      Delete
  2. moga istiqamah.. dalam penulisan digital ini

    ReplyDelete
  3. buat la segment bloglist lagi..heheheh..lama x follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan mac ni memang nak buat... nak renew list.. sabar ya...

      Delete
  4. wah
    memang hebat lah kalau maintain update 4 kali sehari
    hehehe

    ReplyDelete
  5. Mmg betul tu mia. Kdg2 idea ada, tp mood ke laut.. Huhu. .

    ReplyDelete
  6. kinah pun tengah cuba nak maintain update blog. tapi tu la dah nama pun perancangan kan ada je kekangan masanya. takpe hashtag #siscuba hihi

    ReplyDelete
  7. rajinnya k.mia..cik nor satu entry sehari pun xlepas..hihi

    ReplyDelete
  8. tulah..nak maintain 1 entry sehari pun payah..hadoii...

    ReplyDelete
  9. agak susah nak maintain buat entry setiap hari sebab ada komitmen kerja..walaupun ada idea nak menulis tapi masa pulak tak ada..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mia...mmg betul tu...mama pun skg ni post entri gunakan autopost jer...atleast ada 4 atau 5 entri dah cukup rasanya kn...semua entri ada mama postkan...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  11. semoga berjaya kak mia, saya pun nak selalu update entri.

    ReplyDelete
  12. keep be a strong bloger writer and
    keep shere a good info what ever it is

    good luck Mia Liana

    ReplyDelete
  13. chaiyok chaiyok kak..marilah kita bangkit semula..hehehe

    ReplyDelete