Rasanya bukan Mia saja. Orang lain pun sama. Bila masuk tahun baru pasti ada azam baru, betul kan? Saban tahun bertambah usia kita. Setiap orang pasti ada azamnya tersendiri.
Ada juga azam tahun lepas tak tercapai, boleh carry forward ke tahun ini. Ada satu yang Mia tak dapat capai lagi sampai sekarang, iaitu nak sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana (master) untuk diri sendiri. Namun kos kewangan dan komitmen masa tidak mengizinkan. Walaupun kerja dengan jawatan kelulusan diploma sekarang ini, kemahiran dalam teknologi maklumat perlu sentiasa digilap dari sehari ke sehari. Bukan senang untuk berada di bidang ini untuk sentiasa belajar teknologi maklumat terkini. Setiap hari atau minggu ada sahaja perkara baru yang perlu diupdate. Sunguhpun begitu, Mia harap sangat agar azam yang tak tercapai ini akan tertunai satu masa nanti. Kata orang, tak nak tertinggal keretapi....
Tahun ini... Mia tak ada sangat azam yang susah nak dicapai melainkan nakkan Sofea mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran. Nak semua yang lengkap untuk Sofea. Mana-mana ibu pun sama juga macam Mia kan. Mungkin agak terlalu awal Mia masukkan Sofea ke kelas tusyen pada darjah 3 ni, tapi Mia tak nak Sofea tertinggal mata pelajaran di kelas barunya ini. Homework banyak juga setiap hari. Alhamdulillah, Sofea dah mula serasi dengan jadual harian dia sekarang ini. Sofea berazam nak belajar bersungguh-sungguh untuk dapat naik kelas lagi di tahun depan. Mia tak kisah asalkan Sofea nak belajar. Aktiviti riadah juga ada setiap minggu untuk exercise bersama-sama
Blog pada tahun ini.... Mia akan teruskan menulis di blog ini dan sibuk macam mana sekalipun, Mia akan update setiap hari walaupun entri biasa. Sayang sangat kat blog ini. Dah ada followernya sendiri, kalau dibiarkan alangkah ruginya. Mungkin pada tahun ini, Mia akan tambah segmen baru selain segmen-segmen yang sedia ada diteruskan ke tahun ini. Nak tahu kenapa Mia suka sangat segmen bersiri, sebab Mia boleh dapat senarai blogger yang aktif dalam satu-satu masa. Aktiviti blogwalking akan dibuat konsisten bagi menjaga hubungan baik sesama blogger. Yang ni Mia akan cuba buat pada tahun ini.
Tiap-tiap tahun benda yang sama. Cuma azam ni kadang berbeza ikut keperluan dan kehendak. Apa-apa pun untuk tahun ini Mia akan pentingkan keperluan dari kehendak. Hidup seadanya.. syukur atas apa yang ada. Alhamdulillah....
** sekadar luahan...

5 Comments
saya doakan agar semua azam tahun 2018 kita akan tercapai di sepanjang tahun ini, inshaAllah aamiin aamiin
ReplyDeleteMudah2an semua azam 2018 akan tercapai
ReplyDeletesemoga azam tahun nie tercapai
ReplyDeleteBerazam itu menunjukkan kita berfikir dan punyai matlamat.
ReplyDeleteSama ada ianya tercapai atau tidak, itu bukan hak kita (Luh Mahfuz).
Teruskan berazam dan berdoa, doa itu senjata mukmin.
All the best mia..
ReplyDelete