Bukan senang nak renovasi dan ubahsuai rumah atau pejabat mengikut citarasa sendiri. Kadang ada juga yang tidak sesuai dan tidak cantik bila dah siap. Makin stres lah nampaknya... apa yang dirancang sendiri tidak menjadi. Sebab kita bukannya mahir dalam bidang rekabentuk dalaman dan ianya melibatkan kos yang bukan sedikit. Perlu perancangan yang teliti dari pemilihan rekabentuk dalaman yang dikehendaki dalam tempoh masa yang tertentu berdasarkan bajet yang ada. Kalau boleh optimumkan sumber dan peluang yang ada untuk hasil yang terbaik.
Bila dah beli rumah sendiri, tentulah nak yang terbaik untuk rumah kita. Bak kata orang, "rumahku syurgaku". Pastinya kita akan buat renovasi / pengubahsuaian yang terbaik untuk rumah kita. Ada yang suka konsep moden, kontemporari, scandinavian, minimalis, vintage, retro, zen, klasik, country dan lain-lain lagi. Berangan pula nak dapatkan perkhidmatan dari pereka dalaman profesional. Bimbang dan takut terlebih bajet. Takut kontraktor buat hal dan macam-macam lagi yang dirisaukan.
Tetapi sekarang, semua ini boleh diselesaikan hanya di hujung jari sahaja. Berbekalkan capaian internet, hanya perlu layari laman web Atap.co
Atap.co is
Malaysia’s largest, trusted marketplace for interior designers (IDs) and property owners.
A safe space for property owners to search, find, and hire interior design firms which have been
verified for authenticity and legitimacy.
A platform that provides useful tools for IDs and property owners to realise beautiful spaces.
Jom kita tengok bagaimana Atap.co berfungsi untuk membantu pemilik hartanah mencari pereka dalaman, sila rujuk rajah di bawah :
Pemilik hartanah boleh layari portfolio pereka dalaman (https://atap.co/malaysia/en/projects) dan minta sebutharga dari pereka dalaman yang dipilih ataupun hantar permintaan umum kepada Atap.co. Perkhidmatan ini adalah percuma.
Pereka dalaman boleh buat portfolio syarikat dan menerima sebutharga secara langsung.
Urusan kedua-dua belah pihak antara pemilik hartanah dan perekabentuk dalaman menjadi mudah, dan cepat dengan paparan laman web Atap.co yang mesra pengguna. Live Chat juga disediakan sebagai bantuan helpdesk.
Pendek kata, Mia sendiri pun sangat teruja bila layari Atap.co ini. Sangat-sangat berguna. Kalaulah dah ada rumah sendiri, pastinya akan buat renovasi rumah yang menepati citarasa Mia di samping menggunakan khidmat perekabentuk dalaman profesional. Dan lebih penting lagi, senang nak buat perkiraan kos berdasarkan bajet yang termampu.
Paparan Projek Pereka Dalaman
Paparan Portfolio Pereka Dalaman
Paparan Profail Pereka Dalaman
Paparan artikel dan tips rekabentuk dalaman rumah
(sila klik pada gambar di atas untuk besarkan)
Untuk lebih mudah, boleh terus klik link di bawah :
- Find Pros (https://atap.co/malaysia/en/professionals) - carian pereka dalaman di lokasi anda
- Browse Projects (https://atap.co/malaysia/en/projects) - lihat projek pereka dalaman berdasarkan jenis hartanah anda
- Browse Ideas (https://atap.co/malaysia/en/ideas) - lihat gambar-gambar projek pereka dalaman berdasarkan ruang bilik, stail dan gaya, warna di lokasi anda
- Expert Tips (https://atap.co/malaysia/en/advice) - baca artikel dan tips rekabentuk dalaman rumah
Tunggu apa lagi jom minta sebutharga secara percuma (https://atap.co/malaysia/en/quote-request?hl=ms) dari pereka dalaman. Hanya perlu isi maklumat hartanah serta renovasi yang diperlukan, seterusnya Atap.co akan menghubungkan kita dengan pereka dalaman yang sesuai. Sila klik https://atap.co/malaysia/en/quote-request?hl=ms .
Bagaimana? Mudah dan senang bukan? Dengan adanya laman web Atap.co yang serba lengkap ini, semua orang boleh gunakan khidmat pereka dalaman profesional.
** idamkan rumah berkonsepkan kontemporari dan moden....
8 Comments
good sharing sis !
ReplyDeletethanks ya azian..
DeleteGood info to make over rumah kan kak. Ala2x eric leong casa impian. hihi. :)
ReplyDeletekan.. memang sweet sangat ni...
Deletewow...mudahnya nak mencari macam ni,tak yah nak pi jalan² dah...
ReplyDeleteassalamualaikum mia...info yg menarik ni...
ReplyDelete** Mama Maszull
Wahh cantik la!! Thanks kak mia
ReplyDeletewahh, mudah dah skang. ready duit jee..
ReplyDelete