Hiasan Rumah | Ruang
Tamu Idamanku
Semua orang ada impian
masing-masing untuk mempunyai rumah sendiri dan menghias dalaman rumah agar
ceria dan selesa. Kerana rumah adalah syurga kita, tempat tinggal kita yang
perlu dititikberatkan dari pelbagai aspek. Apa yang Mia nak highlight di sini
ialah hiasan rumah
untuk sudut ruang tamu.
Bagi Mia, ruang tamu adalah ruang
yang sangat penting dalam sesebuah rumah kerana di situlah tempat kita untuk
berehat dan menonton televisyen. Pemilihan perabot dan hiasan dalaman perlu
bersesuaian agar tidak nampak semak dan selerak. Pemilihan tema warna juga
memainkan peranan dalam menaikkan seri dan aura rumah.
Alangkah bestnya dapat memiliki
apa yang kita idamkan. Hidup seadanya dan lengkap segalanya. Kalau bab berangan
ni, memang best. Mana tahu satu masa ianya nanti akan menjadi realiti. Walaupun
rumah kecil, masih juga boleh nampak luas dan selesa jika hiasan dalaman yang
dipilih tepat dan sesuai.
Pemilihan
sofa untuk ruang tamu. Mia lebih suka kepada sofa berbentuk L dan diletakkan di
sudut tepi ruang tamu. Warna hitam untuk nampak lebih eksklusif dan elegan. Bak
kata orang, hitam itu menawan dan manis dipandang. Sofa yang jenis empuk seperti
ini, kalau duduk pun rasa selesa sehingga boleh tertidur di depan tv. Duduk
lama pun tak penat. Memang betul-betul boleh istirehat ni. Tak dapat bayangkan,
kalau penat bekerja seharian, balik rumah saja… dapat rehat di sofa ini tentu akan
rasa relax.
Dalam banyak-banyak jenis
langsir. Mia lebih suka langsir yang simple, satu warna dan tiada corak. Sebab
ianya boleh dipadankan dengan semua pelbagai warna dan jenis perabot. Warna
pink yang dipilih akan membangkitkan penegasan dan menyerikan lagi ruang tamu
idaman.
Hmmmm…
sekarang ini kan musim atau trend pakai carpet 3D. Pilihan corak bunga besar berwarna pink
sangat menarik dan sejuk mata memandang. Mia memang suka sangat bunga ros,
nak-nak yang warna pink. Nak buat macam mana, dah warna pink ini warna
kegemaran Mia. Kalau boleh, semuanya nak warna pink. Tapi nanti nampak
kelakarlah pula. Makanya, carpet 3D design bunga ros ini yang berlatarbelakangkan
warna cerah jadi pilihan.
Memandangkan
anak Mia, Sofea peminat tegar kucing. Jadinya untuk hiasan dinding ruang tamu
pula, Mia nak tampal 3D cat stickers yang unik ini. Akan nampak lebih menyerlah
dengan dinding yang berwarna putih. Seolah-olah seperti ada kucing hidup di
sebalik dinding ini. Pastinya Sofea akan suka dan akan sentiasa berehat di
ruang tamu ini. Meow.. meow… meow…. Ceria suasananya.
Di ruang tamu kenalah ada jam
dinding supaya senang nak tengok waktu pukul berapa. Untuk nampak design ala-ala
hipster dan moden, Mia pilih vintage wall clock yang unik ini. Suka yang nampak
macam klasik ni… Tik.. tok.. tik.. tok…
Secara keseluruhannya.. betul tak apa yang Mia katakan
ini? Best kan kalau tiba bab berangan untuk rumah idaman terutamanya hiasan rumah sudut
ruang tamu. Kata orang putih, home decor. Macam-macam boleh kita hias dan letak
perabot. Yang penting Nampak selesa dan luas. Tak perlu banyak sangat sampai
sempit ruang tamu kita nanti. Kena juga ambilberat kalau-kalau akan menerima bilangan tetamu yang ramai dalam satu masa. Contohnya di musim hari perayaan. Apa-apa
pun pilihan ada di tangan kita sendiri. Kita yang mencorakkannya kita sendiri.
Asalkan dalam perancangan dan bajet yang mampu. Pastinya semua akan jadi
realiti satu masa nanti.
** suka yang selesa dan ceria….
home sweet home......
10 Comments
Bila ada rumah sendiri macam-macam idea akan kelyar dan boleh digabungkan...pilihan perabot..kombinasi warna..hiasan..seronok..
ReplyDeleteSemoga terlaksana impian kak Mia. Saya pun suka jam unik macam tu
ReplyDeletetak banyak perabot,..nampak kemas dan selesa kan kak
ReplyDeleteyezaaaaaaa anum pun tgh deco ruang tamu
ReplyDeleteassalamualaikum mia....betul tu ikut keselesaan kita sendiri...
ReplyDelete** Mama Maszull
kite selalu kumpul2 @ save gmbr dr internet bab deko2 ni..supaya jd sumber inspirasi nak mendeko satu hari nnt..hehee
ReplyDeletedah lama tak menghias rumah... kalut dengan kerja dan aturan anak2... huhuhu
ReplyDeleteSaya suka deko yang minimalist. Jimat kos dan kemas mata memandang.
ReplyDeleteBETUL TU...NAK HIAS MACAM MANA PUN BOLEY ASALKAN IN BAJET...JANGAN DEMI NAK CANTIK N ELEGANT BERHABIS DUIT YANG BUKAN2...BIAR BESEDERHANA...DENGAN BERSEDERHANA PUN BOLE CANTIK N ELEGANT...
ReplyDeletebab sticker tu,..comey je tgk..macam kucing nak tembus dinding..huhu
ReplyDelete