Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, seringkali alasan utama untuk memasang alat penyaman udara adalah kerana ingin memberikan keselesaan kepada anak-anak semasa berada di rumah. Walaupun begitu, ada pihak yang mengatakan kanak-kanak (dan orang dewasa juga) tidak sepatutnya tidur di dalam bilik yang berpenyaman udara sepanjang malam.
Oleh kerana saya sendiri seorang ibu, saya telah meluangkan sedikit masa untuk melakukan online research mengenai perbezaan pendapat ini. Dan saya rasa adalah wajar untuk saya kongsikan sedikit maklumat yang telah saya perolehi dengan para pembaca.
Kulit dan tekak akan menjadi kering
Alat penyaman udara bertugas sebagai sebuah alat yang akan menyedut udara dan lembapan yang ada pada udara, dan menghembus kembali udara yang lebih nyaman ke dalam bilik. Malangnya, alat penyaman udara tersebut akan turut sekali menyedut lembapan yang ada di badan kita.
Jadi, untuk mengelakkan dari masalah ini terus berlaku, pastikan anda sekeluarga minum air yang cukup sepanjang hari, dan pakai krim pelembap setiap malam.
Badan sentiasa bekerja keras untuk seimbangkan suhu
Alat penyaman udara biasanya akan dipasang semasa cuaca di luar terlalu panas. Semasa berada di dalam rumah, kita berasa sangat selesa. Tetapi sebaik saja keluar dari rumah, kita akan rasa sangat terganggu dengan cuaca panas di luar akibat perbezaan suhu yang terlalu besar antara dalam dan luar rumah.
Keadaan ini sebenarnya membuatkan tubuh badan kita menjadi stress dan terpaksa bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan suhu yang terlalu berbeza ini. Badan kita juga terpaksa melalui proses yang sama setiap kali kita masuk dan keluar dari kereta yang berpenyaman udara.
(Baca: Why Is Your Aircon Leaking?)
Suhu yang terlalu rendah tidak sesuai untuk kanak-kanak
Apabila cuaca di luar terlalu panas, semestinya ramai yang akan setkan termostat alat penyaman udara pada suhu yang paling rendah, iaitu 16ºC atau 17ºC. Tetapi tahukah anda yang suhu ini sebenarnya terlalu sejuk untuk anak anda? Suhu yang paling sesuai dan perbezaan yang tidak terlalu ketara dengan suhu diluar bagi negara kita ialah antara 20ºC hingga 23ºC.
Antara cara untuk mengawal keadaan ini ialah dengan menggunakan fungsi Timer. Setkan alat itu untuk ON sejam sebelum anda atau anak-anak anda pulang agar anda sekeluarga berasa nyaman sebaik saja memasuki rumah. Pada waktu malam pula, gunakan fungsi Sleep Mode atau Energy Saving Mode. Apabila anda menggunakan fungsi ini, alat penyaman udara akan ON dan OFF secara automatik apabila suhu bilik sudah berada di tahap yang selesa seperti yang anda kehendaki.
Mudah mendapat demam dan selsema
Suhu bilik yang terlalu rendah tidak sesuai dengan semua jenis tubuh badan, terutama sekali bayi, kanak-kanak dan warga emas. Jika diperhatikan, sesetengah orang akan bersin pada waktu pagi jika tidur semalaman di dalam bilik yang berpenyaman udara. Jika dibiarkan berlarutan, hidung akan mula berair, tekak akan menjadi perit dan akhirnya orang itu akan demam akibat jangkitan kuman.
Hal ini sebenarnya bukan berpunca dari penggunaan alat penyaman udara itu sendiri. Tetapi ia berkaitan dengan penyaman udara yang tidak diservis secara berkala. Apabila habuk yang terkumpul pada penapis udara yang terletak pada unit dalam alat penyaman udara tidak dibersihkan, udara yang dihembus oleh alat itu akan bercampur dengan habuk dan kuman yang akan mengganggu kesihatan anda sekeluarga. Jadi, pastikan alat penyaman udara anda diperiksa dan diservis setiap empat hingga enam bulan.
Berdasarkan pembacaan saya sepanjang tempoh membuat
penilaian tentang kesan penggunaan alat penyaman udara terhadap kanak-kanak,
saya mendapati setiap alat yang dicipta pasti mempunyai pros dan cons. Tetapi
kunci utama yang perlu dipegang oleh setiap ibu bapa ialah kesederhanaan.
Jangan letakkan suhu
yang terlalu rendah, jangan biarkan alat penyaman udara dipasang terlalu lama
dan yang paling penting, pastikan alat penyaman udara tersebut sentiasa berada
dalam keadaan baik dan efisien. Jangan ambil risiko dengan membiarkan
keluarga anda menghidu udara yang tercemar semasa berada di rumah sendiri.
Bukankah rumah kita itu ialah syurga kita?
Jika anda masih mencari pakar untuk servis dan baiki alat
penyaman udara di rumah anda, Recommend.my mempunyai lebih 280 penyedia
khidmat ini di seluruh negara sedia untuk membantu anda. Dapatkan maklumat lanjut tentang caj dan diskaun
yang akan diberikan jika anda membuat tempahan perkhidmatan servis alat
penyaman udara melalui Recommend.my.
** sayangi bayi dan anak-anak anda...
14 Comments
Recommended temperature is 24°C. Use timer and set OFF around 3.30AM. Jika tak keberatan, letakkan sebaldi air di mana-mana ruang dalam bilik tu supaya udara persekitaran tidak terlalu kering.
ReplyDeleteterima kasih amir... bagus tips amir tu...
Deletedulu pakai skg dah x pakai..
ReplyDeleteoh.. tak apa MV...
DeleteBila saya buka aircond, saya memang akan selalu pakai krim pelembap pada seluruh badan dan muka untuk elak kekeringan..
ReplyDeletewahhhh.. rajinnya shikin...
DeletePakai set sejam, tapi kipas angin siling sentiasa on
ReplyDeleteohhh... ok juga tu...
Deletesaya tak amalkan guna aircond..kesian anak2..pasang pun di bilik di kg..rumah kg nie bila tengahari panas terik, boleh la ON aircond..law d bandar, x la panas sangat...
ReplyDeletememang kat kampung.. kalau tengahari terasa panas teriknya...
Deletebetol sis..anak kalau demam memang xpakai aircond langsung.. x demam pon memang jarang buka aircond.. sebab kalau sejuk anak mudah slesema nanti..
ReplyDeleteterima kasih ya....
DeleteDah jarang pasang.. Kalau pasang pun suhu 24 ke atas...
ReplyDeletethanks ya maria...
Delete