Kadang Tak Ada Mood Nak Berblog



Kadang kan.. tak boleh nak cakap. Tak semestinya langit itu sentiasa cerah. Tak semestinya idea selalu mencurah. Ada masa kita boleh berblog dengan konsisten. Ada masa mood nak berblog pula yang tiada walaupun banyak idea nak update entri.

Mia pun macam itu juga. Sesekali nak juga timeoff dari blog. Tapi rasa sayangnya kalau tak update blog ketika momentum berblog sedang konsisten. Nak naikkan ranking Alexa bukannya senang. Semuanya nak kena maintain. Maintain update entri kat blog, maintain trafik pengunjung ke blog, maintain blogwalking... pendek kata maintain segala aspek aktiviti blog.

Bila mood berblog makin berkurangan... cepat-cepat atasinya dengan segera. Buatlah sesuatu yang menceriakan diri walaupun ketika sedang menghadapi masalah yang kritikal. Cuba positifkan diri. Bayangkan... betapa susahnya dulu nak naikkan blog... bila dah naik dan mantap macam ni.. takkan nak abaikan pula. Mungkin boleh kurangkan bilangan entri yang diupdate sehari. Tapi jangan tak update langsung.

Dicadangkan untuk buat entri-entri mudah dan santai supaya pengunjung tidak tertunggu-tunggu update dari kita. Tidak perlu nak mengarang panjang. Cukuplah sekadar ada gambar dan sedikit ulasan. Ada juga entri untuk diupdate menjadi tatapan pengunjung setia dan stalker blog kita.

Bila dah betul-betul langsung tak ada mood untuk update blog. Kiranya dah tahap yang kritikal, berehatlah seketika dari blog. Buatlah entri pengumuman untuk berehat seketika dari blog dan nyatakan tempoh berapa lama cuti berblog supaya pengunjung blog ambil maklum dan tahu bila kita akan kembali berblog.

Apa yang Mia nak sampaikan di sini sebenarnya betapa pentingnya nak jaga perasaan pengunjung blog dan lagi penting bukan senang nak dapat pengunjung dan stalker yang setia. Jagalah mereka ibarat menatang minyak yang penuh. Tanpa mereka tiada maknanya blog kita. Rasa tak seronok kalau apa yang kita tulis dalam entri tiada respon dari pengunjung atau entri yang di publish itu tiada pageviews. Sedih dan tersangat hampa... ibarat blog tidak bernyawa.


** santapan minda sayangi pengunjung blog.... dari kaca mata Mia...


Post a Comment

18 Comments

  1. hi sama lah macam ucing,kadang tu ikut mood,kadang2 naik kadang2 turun mood nak berblog (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. semput juga nak maintain... tapi digagahi jua..

      Delete
  2. yup, mia rest lah dulu. Insya Allah nnt semangat berblog tu dtg balik. ni Qekra tgh mood rajin berblog ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks qekra... itulah dia dilema seorang blogger...

      Delete
  3. Sama dengan SA tapi kadang SA check disekeliling SA ada x yang boleh di jadikan bahan blog...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard lah tu SA... hihihi sam juga dengan mia... geng..

      Delete
  4. betul tue akak. jm malas nak update sekarang nie...

    ReplyDelete
  5. semalam saya tak ada mood nak update entri hahaha. just join giveaway & entri copy paste satu. harini ada semangat balik. chaiyok :D

    ReplyDelete
  6. setuju tu kak mia...kekadang kita pun macam tu,sampai satu tahap,tak tau dah apa nak update kat blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akan sampai ke tahap tu... tu yang banyak entri mia dalam draft.. karang separuh jalan.. ada gambar yang tak abis upload... hihihi..

      Delete
  7. cari jgk masa nk update...walaupun tak berapa nk panjang

    ReplyDelete
  8. kan.. ni mesti kes pandang lama-lama kat skrin laptop tu..

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn Mia. Mmg tak dinafikan mmg Kdg2 blur nk tulis entri apa2. Lagi satu kekangan masa. Walaupun cikla suri rumah sepenuh masa, tp Kdg2 bz nya melebihi dari org yg berkerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni jam surirumah pun busy... banyak nak uruskan hal-hal rumah... tq cikla..

      Delete