Selalunya sebelum nak masak apa-apa untuk ayam kampung, biasanya akan ungkep ayam kampung ini terlebih dahulu.
Proses ungkep memang agak lama sehingga ayam kampung benar-benar empuk dimasak. Rasanya sedap dan lembut nanti.
Di sini Mia kongsikan cara nak ungkep ayam masak kampung sebelum dimasak kicap dalam entri SINI.
Bahan rencahnya... halia dan bawang putih yang telah ditumbuk dan kemudian digaulkan pada ayam kampung.
Selepas itu masukkan ke dalam periuk di atas api yang sederhana kecil.
Tutup periuk supaya ianya dapat masak sepenuhnya. Sambil-sambil itu buka tutup periuk dan gaul ayam kampung supaya tidak berkerak kat bahagian bawah periuk.
Tak perlu bubuh air atau minyak kalau nak ungkep ayam kampung ini kerana minyak dan air dari ayam akan keluar dengan sendirinya.
Masak sehingga betul-betul dah empuk. Memang lama tapi hasilnya.. ayam kampung yang dimakan akan rasa sedap dan lembut.
Selesai sudah proses masak ungkep ayam kampung. Dah boleh nak masak merah ke.. kicap ke.. serai ke.. lemak cili api ke.. tomyam ke.. kari ke... atau lain-lain pun boleh.
** tradisi orang jawa....
10 Comments
ooo..saya ingat ungkep ni nama masakan
ReplyDeletebukan ainim.. cara masak..
Deleteooo...saya ingat ungkep ni sejenis resipi
ReplyDeletebukan resepi juga...
Deletewow
ReplyDeletejom pekena ayam kampung.. anum..
Deletelaa..ingatkan nama mskn..mesti sdp lembut ayam tu
ReplyDeleteserius.. memang sedap dan lembut daging ayamnya...
Deleteassalamualaikum mia...menu org jawa yg tak pernah dilupakan...terbaikkk...
ReplyDelete** Mama Maszull
waalaikumussalam mama.. betul tu..
Delete