Teruskan Update Blog



Bukan senang nak update blog dengan lebih dari 3 entri sehari. Pengurusan tenaga, masa dan idea sangat penting untuk pastikan blog sentiasa berupdate walaupun entri itu ala-ala santai dan hanya sekeping gambar. 

Terus-terang Mia katakan, bukannya blogger macam Mia ni mampu nak menghadap blog berjam-jam lamanya. Dah namanya separuh masa. Bila ada masa barulah sempat nak buat entri autopublish. Kalau nak update secara live pun kadang-kadang. Itu pun entri yang simple dan santai. Mia lebih banyak update blog dari handphone sebab lebih senang nak upload gambar ke dalam entri.

Lagipun yang uruskan hal-hal blog ni, cuma kita seorang saja. One woman show. Kadang itu ada juga entri yang terperap lama kat dalam draft sampai ke sudah tak publish pun ada. Nak buat macam mana. Mia pun ada beberapa entri yang dah terperuk lama, hanya perlu edit sedikit saja sebelum di publish.

Pokok pangkalnya semangat berblog kena ada. Kalau tak ada, idea banyak macam mana pun, entri tak boleh juga di publish. Sebabnya mood malas menyerang atau tengah tak ada mood. Bab ni memang tak boleh lawan kena akur. Rata-rata blogger mesti ada alami situasi begini yang boleh menyebabkan blog bersarang. Kena cepat atasinya dan buat sesuatu ke atas blog untuk menaikkan mood berblog seperti buat segmen ke... tukar template blog baru ke... dan lain-lain lagi.

Sayang tau sebenarnya bila dah ada banyak entri kat blog. Bila kita update setiap hari bermakna kita akan menambah bilangan entri dalam blog dan juga menaikkan kebarangkalian entri dijumpai untuk trafik luar terutamanya dari enjin carian. 

Jadinya... apa yang Mia nak sampaikan di sini... teruskan update blog. Tak kiralah berapa entri sehari atau seminggu asalkan ianya konsisten. Sambil itu, kekalkan niche blog supaya pengunjung blog kenal trademark kita.

** ceriakan diri dengan blog...





Sedang Berlangsung Sekarang :
Klik Banner Untuk Join

Post a Comment

30 Comments

  1. banyak tu sehari 3 entri..akak ni tak mampu la nak tulis banyak2 dalam sehari, dapat sekali sehari pun dah kira ok akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pada keselesaan masing-masing... itu sebagai contoh yang mia sebutkan dalam entri ni... tq ya..

      Delete
  2. kalau saya, adalah sekali 2 dalam seminggu update blog :D

    ReplyDelete
  3. Setuju sis... bab niche tu failed sikit... sebab update apa yang terlintas sahaja... hehe

    ReplyDelete
  4. SA update paling sikit 2 entry sehari..dulu boleh jer update 5 entry sehari...la ni x dan sebab kerja makin banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo takpe SA.. dulukan mana yang penting dulu...

      Delete
  5. Yeah! teruskan berblogging walau seminggu hana satu entri. yang penting istiqomah. :)
    salam blogging!

    ReplyDelete
  6. Dilah at least sehari 1 entry je.. tu pun weekday.. weekend mmg tak de entry.. kalau sempat dan buat auto-publish siap2 utk beberapa entry.. join giveaway & segmen jugak boleh tambah bilangan entry.

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Cuba jugak update blog walaupun satu entry satu hari. Kena pandai urus masa. Kadang-kadang tu letak tajuk dulu, bila free baru draf ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mia pun macam tu juga.. takut idea hilang...terus letak point siap-siap.. bila ada masa baru karang balik..

      Delete
  8. Kena latih diri konsisten ni.. Saya ni selalu takda idea nak post apa T_T

    ReplyDelete
  9. tu lahhh tengah gigih kan diri menghupdate entri hahaha. chaiyok-chaiyokkk! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. rajin sayidah update blog.. terkagum ni..

      Delete
  10. Sally tgk keadaan jugak...skrg ni dah tak banyak masa dan idea...lagi-lagi penat bekerja..huhu

    ReplyDelete
  11. mya pun banyak juga draft tapi tak tahu bila nak publish.. at least 1 entri sehari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah.. ada yang dah berbulan terperuk kat draft... huhuh.. tq mya...

      Delete
  12. rajinnya Mia - 3 entry satu hari
    xder idea nak wat hari22222

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih delimasari.... tengah semangat ni... hihihi..

      Delete
  13. saya boleh dikatakan satu hari pun susah nak post entri , dah cuba nak konsisten selalu fail hahahaa , sebab nak menghadap blog 24jam memang susah ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... tak semestinya kita kena hadap blog 24 jam. cuba buat autopost entri-entri yang nak dipublish dengan set tarikh dan masa nak publish...

      Delete