Mia kongsikan di sini untuk tatapan pengunjung blog ini. Jemput baca...
Syurga anak di bawah telapak kaki ibu. Syurga ibu itu pada suaminya. Syurga suami itu di mana letaknya? Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat-sangat memberkas di hati.. tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.
Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz... Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???
Saya menjawab: Pada ibu nya
Ustaz menggeleng sambil tersenyum.
Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*
Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.
Ustaz menyambung: Suami itu syurganya pada Tanggungjawab yang ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah-murah, sediakan makan untuk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak-anak.
Jika Isteri yang menyediakan rumah, yg membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal di dalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil elektrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya.. Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya.... KECUALI, si isteri redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.
Kata ustaz lagi, di Mahkamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yang selayaknya.
Maka pada lelaki-lelaki semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal di depan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yang saya pernah dengar dan jumpa, yang mencari calon-calon isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan untuk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cari jalan pintas untuk hidup senang..... sedih dengar..
Buat wanita-wanita, cari jodoh bukan pada harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya padamu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dn lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu.
#rumahkusyurgaku
Sumber : FB NurulHallawati
** saling ingat-mengingati......
5 Comments
peringatan untuk bersama..
ReplyDeleteterima kasih anum..
DeleteSelalunya kita akan cakap syurga suami pada ibunya dan syurga si isteri ada pada suaminya . CCL dapat ilmu baru hari ini iaitu syurga si suami pada tanggungjawabnya . Tanggungjawab pada si isteri,anak2 dan ibu bapanya
ReplyDeleteitu lah.. mia pun macam CCL juga. mia share kan artikel ni di sini, untuk renungan kita bersama sebab ianya adalah realiti senario sekarang... tanggungjawab suami sangat besar pada keluarga dan tak boleh dipandang remeh.
Deletewaalaikumussalam... tq mama..
ReplyDelete