Sejak Tukar Kepada Template Baru Blog Ni....



Hmmm... sekadar luahan hati di saat ini. Sejak tukar template baru blog ini kepada Sora Template, Mia rasa lagi bersemangat nak update blog. Template ini 100% SEO. Jadinya, makin dapat banyak trafik datang dari enjin carian berbanding template lama sebelum ini. Pageviews pun meningkat mendadak. Entri yang lama banyak yang naik. Seronoknya.

Mia pun ada buat sedikit perubahan pada template ini untuk disesuaikan dengan citarasa Mia. Yang pastinya keputusan untuk menukar kepada template blog baru ini, telah membuahkan hasil. Kena juga ikut rentak dan trend gaya berblog sekarang ini yang serba serbinya nak pantas, cepat loading, mesra mobile, mesra SEO dan kemudahan sharing di media sosial. Takkanlah nak duduk di takuk yang lama.

Siapa kata template blog tak mainkan peranan penting? Eh.. penting sebenarnya. Konsep, design, warna template blog amat mempengaruhi mood pengunjung blog. Perasaan dan emosi pengunjung perlu dititikberatkan. 

Pesanan Mia. Kena pandai pilih template blog yang sesuai dengan blog kita sebab ada juga jenis template yang tak sesuai.

Apa-apa pun, semoga anda semua ceria dan happy selalu bila bertandang ke blog ini...

** tips simple dari Mia... (^_^) .... berubah untuk menjadi yang lebih baik... yeah...


Post a Comment

20 Comments

  1. Betul tu... kita perlu ikut perkembangan semasa.
    Blog saya jer yang belum berubah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak mulakan perubahan tu... agak sukar.. takpe kak... slowly ya...

      Delete
  2. Baru merangkak nak berblog,kalau nak tukar jenoh ber youtube..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu nanti... mula-mula merangkak dulu pun takpe..

      Delete
  3. betul tu kadang susah sikit dengan template baru ni

    ReplyDelete
  4. betul tu kak mia.. kena jugak ikut trend terkini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. cepat sangat arus teknologi ni membangun.. tak terkejar rasanya..

      Delete
  5. tapi yang penting header kak mia lawa! hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/5-jenis-emosi-dalam-kalangan-remaja.html

    ReplyDelete
  6. betul tu..tapi kena pndai edit skit la..heheh.masih belajar lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ida... kak mia sampai sekarang masih lagi belajar template baru ni...

      Delete
  7. Lama tak singgah sini...patutlah nampak lain dah blog sis....cantik..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Rabia pun tukar template blog jugak. Makin naik pv blog skrg

    ReplyDelete