Pada hari Sabtu lepas, 22 Julai 2017, Mia telah menghadiri PizzArt Campaign Johor Bahru event oleh Anchor Food Professionals di Restoren Ejohng Concept, Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru Johor. Beberapa blogger lain dijemput sama untuk ujirasa PizzArt Campaign ini.
Programme
12.00 pm - Arrival & registration at Ejohng Concept
12.15 pm - Welcoming speech by Anchor Food Professionals's Spokesperson
12.20 pm - PizzArt Tasting & Speech by owner of Ejohng Concept, En Mohammad Faidzal
2.45 pm - End
Memperkenalkan 3 jenis menu pizza dalam PizzaArt Campaign dibuat khusus bagi mereka yang inginkan kelainan dan keunikan selera pizza masa kini.
Flower Pizza
RM 40.00
Adjaruli Khachapuri Pizza
RM 19.90
Muffin Pizza (chicken / beef / tuna /duck)
RM 10.00
3 jenis pizza yang berbeza rasa dan bentuk
Sesi ujirasa pun bermula. Dimulakan dengan Flower Pizza yang begitu menyelerakan. Pizza ini berbentuk bunga dan didalamnya dipenuhi dengan tuna. Nak makan pizza ini hanya perlu ambil kelopak demi kelopak. Tidak perlu dipotong. Rasanya lembut dan sangat sesuai dimakan oleh seisi keluarga.
Ironinya, Flower Pizza perlu ditempah 1 hari lebih awal dahulu. Mia kagum dengan rasa yang sangat sedap berbanding dengan pizza biasa yang Mia makan.
Adjaruli Khachapuri Pizza.. satu nama yang sangat unik. Berbentuk sampan dengan cheese (keju) dan oozing egg (telur) filling hasil inovasi dari Georgian. Pizza ini amat sesuai bagi penggemar keju tegar. Cara nak makannya pun sangat unik. Ketika panas, keju dan telur perlu digaul supaya rasanya sebati dan kemudian dimakan dengan roti pizza. Serius.. rasanya memang tidak dapat terucap dengan kata-kata. Terbaik...
Lagi unik bila kejunya boleh ditarik setinggi begini. Wow!
Review pizza yang ketiga ialah Muffin Pizza. Ada 3 muffin pizza dalam 1 set. Boleh pilih sama ada nak filling tuna, beef, chicken atau duck . Untuk ujirasa ini adalah Muffin Pizza beef filling. Rasanya sedap dan mudah dimakan.
Promosi eksklusif dengan setiap pembelian PizzArt Menu anda boleh bawa pulang koleksi PizzArt Fridge Magnet kegemaran anda.
Reward your cheesy cravings today
PizzArt Fridge Magnet
Gambar kenangan bersama blogger lain, pihak Anchor Food Professionals dan Ejohng Concept sempena event PizzArt Campaign Johor Bahru ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput Mia ke event yang best ini.
Kepada mereka yang ingin mencuba menu 3 pizza hebat ini dari PizzArt Campaign, boleh datang ke Ejohng Concept.
Ejohng Concept
45, Jln Pulai Perdana 11
Taman Sri Pulai Perdana
Full menu from 4.00 pm to 11.15 pm (last order)
Hotel Quality @Restaurant Price
Contact No : 07- 520 2457
** belum cuba belum tahu.. dah rasa pasti nak selalu...
Entri berkaitan :
- Anchor Food Professionals Launches Artisanal Pizzas Through PizzArt Campaign
- Seafood & Chicken Pan Pizza @ EJohng Concept
8 Comments
Wawww bestnya cheese Tu boleh tarik sampai sedepa tu
ReplyDeletehaah... teruja betul mia..
Deletebest nya dapat makan pizza..
ReplyDeletepuas makan pizza masa ni...
Deleteassalamualaikum mia...wah !! mmg sedap..
ReplyDelete** Mama Maszull
waalaikumussalam mama... haah kan...
DeleteMany times people order for the food items for enjoying small parties or sometimes in special occasions. http://www.deliciousfoodgroup.com
ReplyDeletethanks for the info..
Delete