Kesedihan Orang-Orang Soleh Meninggalkan Bulan Ramadhan
1. Hari demi hari, jam demi jam tidak terasa sebentar lagi kita akan meninggalkan bulan suci nan mulia ini, bulan kesabaran dan latihan, bulan rahmat dan ampunan, bulan Quran dan qiyam, bulan kemuliaan dan keberkahan, bulan di mana terdapat malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan. Masih banyak kegiatan ibadah yang belum sebaik mungkin kita lakukan di bulan ini, atau bahkan kita masih sibuk urusan duniawi di bulan ini sehingga banyak sasaran yang belum kita laksanakan di bulan mulia ini. Sedangkan kita tidak tahu apakah umur kita masih dipanjangkan oleh Allah hingga berjumpa Ramadhan di tahun yang akan datang ?
2. Bagi para ulama salaf shalih menjelang hari-hari pemergian Ramadhan, begitu berat dan sedih mereka rasakan. Dengan berlalunya bulan Ramadhan, hati mereka mejadi sedih. Maka, tidak menghairankan bila pada malam-malam terakhir Ramadhan, pada masa zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Masjid Nabawi penuh sesak dengan orang-orang yang beri’tikaf. Dan di sela-sela i’tikafnya, mereka terkadang menangis terisak-isak, kerana Ramadhan akan segera berlalu meninggalkan mereka. Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadhan, air mata mereka menitis. Hati mereka sedih.
3.Mereka menangis kerana merasakan belum banyak mengambil manfaat dari Ramadhan. Mereka sedih kerana khawatir amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa mereka belum dihapuskan. Mereka berduka kerana boleh jadi mereka tidak akan bertemu lagi bulan Ramadhan yang akan datang.
4. Al-Hafidz Ibnu Rajab al-Hanbali mengatakan :
كانوا يدعون الله ستة أشهر أن يبلغهم شهر رمضان، ثم يدعون الله ستة أشهر أن يتقبله منهم
“ Para ulama salaf, berdoa kepada Allah selama enam bulan agar mereka disampaikan kepada bulan Ramadhan, kemudian mereka berdoa lagi selama enam bulan agar Allah mau menerima amalan ibadah mereka tersebut (selama di bulan Ramadhan) “
5. Beliau juga mengatakan :
كان بعض السلف يظهر عليه الحزن يوم عيد الفطر فيقال له: إنه يوم فرح وسرور فيقول: صدقتم ولكني عبد أمرني مولاي أن أعمل له عملا فلا أدري أيقبله مني أم لا ؟
“ Sebahagian ulama salaf menampakkan kesedihan di hari raya Idul Fitri, Seseorang kemudian bertanya kepadanya, “Sesungguhnya hari ini adalah hari bersuka ria dan bersenang-senang. Kenapa engkau malah bermuram durja? Ada apakah gerangannya?”
“Ucapanmu benar, wahai sahabatku,” kata orang tersebut. “Akan tetapi, aku hanyalah hamba yang diperintahkan oleh Rabb-ku untuk mempersembahkan suatu amalan kepada-Nya. Sungguh aku tidak tahu apakah amalanku diterima atau tidak.”
6. Kekhawatiran serupa juga pernah menimpa para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Di antaranya Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu. Diriwayatkan, di penghujung Ramadhan, Sayyidina Ali bergumam :
يا ليت شعري من هذا المقبول فنهنيه، ومن هذا المحروم فنعزيه. وعن ابن مسعود أنه كان يقول: من هذا المقبول منا فنهنيه، ومن هذا المحروم منا فنعزيه
“Aduhai, andai aku tahu siapakah gerangan yang diterima amalannya agar aku dapat memberi ucapan selamat kepadanya, dan siapakah gerangan yang ditolak amalannya agar aku dapat ‘melayatnya’ (mentakziah).”
7. Ucapan Sayyidina Ali radhiallahu ‘anhu ini mirip dengan ucapan Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu :
من هذا المقبول منا فنهنيه، ومن هذا المحروم منا فنعزيه، أيها المقبول هنيئا لك أيها المردود جبر الله مصيبتك
“Siapakah gerangan di antara kita yang diterima amalannya untuk kita beri ucapan selamat, dan siapakah gerangan di antara kita yang ditolak amalannya untuk kita ‘layati’ (ucap takziah). Wahai orang yang diterima amalannya, berbahagialah engkau. Dan wahai orang yang ditolak amalannya, semoga Allah menambah musibahmu ”
8. Begitulah kesedihan dan kekhawatiran para sahabat nabi apabila berhadapan dengan detik detik akhir bulan Ramadan seperti yang tercatat dalam kitab Lathaif al-Ma’arif oleh Al Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali
9. Bukan berarti kita dilarang merasa senang dan gembira menyambut hari raya, bahkan itu dianjurkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum mempunyai hari raya, dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita.” (HR Nasa’i). Akan tetapi jangan sampai rasa gembira kita melalaikan dari menggunakan kesempatan emas ini untuk lebih menggapai pahala dan ridha dari Allah Ta’alaa.
Disediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)
** begitu sedihnya... moga kita bertemu di Ramadhan yang akan datang...
2 Comments
assalamualaikum mia...alhamdullilah terasa sangat kn...
ReplyDelete** Mama Maszull
waalaikumussalam... haah la mama..
Delete