Jadilah Blogger Yang Berwawasan



Walaupun Mia dah berkecimpung selama 10 tahun di blog, Mia akui yang Mia masih lagi belajar tentang blog sehingga kini. Di kala lapang, Mia suka baca artikel-artikel english tentang blog untuk mengisi ilmu di dada. Bila banyak yang Mia baca, semakin kerdil terasa diri ini. Dunia IT terlalu berkembang dengan cepatnya. Terasa tidak terkejar Mia ni.

Kalau kita ini blogger yang tidak ada wawasan pasti kita tidak kisah pun nak belajar itu ini. Hanya update blog, maintain trafik setiap hari, blogwalking blog kawan-kawan, buat aktiviti segmen atau giveaway kat blog dan sosial time bila gathering. Rutin yang sama. Itu saja sudah mencukupi. 

Tetapi bila kita ada wawasan. Ada matlamat dalam berblog. Satu masa kita mesti nak yang terbaik untuk blog kita. Contohnya nak ranking alexa yang mantap, nak trafik lebih 3k sehari, nak update 5 entri sehari, nak blogwalking 30 blog sehari. Semua ini kita buat sasaran dan bila kita boleh capai sasaran ini bermakna kita dah berjaya mencapai matlamat dalam berblog. Mungkin matlamat boleh berubah mengikut bulan, mengikut kemampuan kita dan juga mengikut kesesuaian. Kita sendiri yang corakkannya.

Apa yang ingin Mia sampaikan di sini. Jadilah blogger yang berwawasan. Bukan untuk blog saja bahkan untuk diri sendiri. Bila kita berblog secara konsisten secara tidak langsung kita sedang mendisiplinkan diri kita supaya lebih berketrampilan dan berwawasan.

Tak percaya? Cubalah nanti. Buat satu atau dua sasaran dulu yang mudah dicapai. Bila dah tercapai tentu akan rasa betapa puasnya hati ini dan rasa seronoknya kita berblog. Seterusnya buat lagi sasaran yang lebih susah sedikit, dan berusahalah untuk menggapainya. Belajar dan terus belajar... jangan berhenti supaya tidak terputus di tengah jalan.

Buat sedikit demi sedikit. Lama-lama akan terhasillah blog yang mantap. Tidak mengapa kalau kita gagal pada mulanya, jadikan ia satu suntikan semangat untuk berblog dan capai hala tuju blog masing-masing.

** celoteh motivasi blog dari Mia pagi ini....

Post a Comment

19 Comments

  1. Selamat hari raya Mia.. bila start cuti.

    ReplyDelete
  2. Tq mia bagi motivasi, semangat sikit nak berblog..
    Lately agak down.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... jom kembalikan semangat yang hilang itu..

      Delete
  3. wawasan itu penting untuk kita menuju kejayaan.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...betul tu kena ada semangat yg cekal utk melakukannya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. Bila baca ni Terasa bersemangat Pula nk berblog

    ReplyDelete