Tawaran Pembiayaan Sewa Beli Food Truck Usahawan Muslim Johor

Sebagai hebahan informasi di blog ini untuk mereka yang berminat menjadi Usahawan Muslim Negeri Johor bolehlah rebut peluang ini. Sila muat turun borang permohonan di www.maij.gov.my

Tawaran Pembiayaan Sewa Beli Food Truck Usahawan Muslim Johor


Syarat-syarat penyertaan :-
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam dan telah menetap di Negeri Johor dalam tempoh 5 tahun berturut-turut pada tarikh permohonan.
  • Pendapatan kasar bulanan pemohon tidak melebihi RM 3000 sebulan.
  • Perniagaan yg diceburi mestilah berlandaskan Islam dan telah ada premis perniagaan sendiri.
  • Telah menjalankan perniagaan bagi tempoh setahun ke atas berdasarkan pada tarikh pendaftaran SSM.
  • Dibuka juga kepada Usahawan Asnaf yang berumur 30-50 tahun.
  • Mempunyai lesen GDL.
  • Memiliki sijil suntikan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk peniaga makanan.
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan SSM.
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah dalam Negeri Johor.
  • Projek yang dijalankan secara berterusan bukan bermusim.
  • Dokumen sokongan yang wajib disertakan adalah seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan yang disahkan
    • Salinan sijil pendaftaran SSM atas nama pemohon yang disahkan.
    • Salinan penyata akaun bank syarikat.
    • Salinan pendapatan atau surat akuan pendapatan yang disahkan.
    • Gambar perniagaan (signboard dan ruang niaga)
  • Pengesahan hanya boleh disahkan oleh Amil Agihan Zakat/Penghulu sahaja.
  • MAINJ berhak menolak permohonan sekiranya slip permohonan tidak dilengkapkan sepenuhnya atau dokumen sokongan tidak disertakan.
  • Borang yg lengkap dihantar ke:
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Tingkat 5,Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80000 Johor Bahru.
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat 1 jenis permohonan.
  • MAINJ tidak akan memberikan bantuan ulangan.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Tarikh tutup permohonan pada 31hb. Mei 2017.
** semoga permohonan anda berjaya...

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah.. semoga ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini..
    Tahniah pada Majlis Agama Islam Johor atas usaha ini..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah satu usaha yang baik..kan bagus kalau setiap negeri ada mcm ni

    ReplyDelete
  3. bagus informasi ni kak mia. semoga dapat tarik ramai orang sertainya.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...info yg baik...mama pun ada buat entri ni ari tu...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete