Selamat Hari Guru 2017



Hari ini.. 16 Mei 2017. Hari istimewa untuk menyambut Hari Guru. Kerjaya seorang guru sangat mencabar. Bukan senang nak mendidik anak bangsa menjadi orang yamg berguna bila dewasa kelak. Pengorbanannya ibarat lilin membakar diri.

Mia kagum dengan semangat yang ada dalam diri seorang guru. Teringat Mia masa dulu Cikgu Hasnah, cikgu BM Mia semasa di tingkatan 1 hingga 3. Sanggup ajar Mia in person tanpa apa-apa bayaran untuk pastikan Mia pandai mengarang bahasa Malaysia untuk PMR (Penilaian Menengah Rendah). Hasilnya Mia dapat A.  The best part, mengalir air mata dia bila Mia beritau keputusan PMR Mia... dengan subjek dia dapat A. Sebab masa percubaan dapat B. Syukur... alhamdulillah...

Kini, apabila menulis blog terngiang-ngiang cara Cikgu Hasnah mengajar Mia mengarang. Terima kasih Cikgu...

** jasa Guru sangat besar...

Post a Comment

5 Comments