Kisah Masa Newbie : Jadi Stalker Blog Famous


Sebenarnya kan... masa Mia mula-mula berblog dulu... masa newbie dalam dunia blog.. Mia banyak membaca artikel-artikel ilmiah tentang blogging dan juga stalker kepada blog-blog famous. Apa yang Mia nak kongsikan di sini ialah berdasarkan pengalaman Mia.

Stalker ni... hanya baca dan perhatikan perkembangan blog-blog yang famous pada masa itu. Sambil jadi stalker sambil belajar dan kaji di mana kekuatan blog itu di samping mencari daya tarikan apakah yang membuatkan pengunjung tertarik nak datang ke blog itu. Rajin betul Mia masa itu. Kenalah usaha sedikit.

Jadi stalker ni best tau.. sebab tuan punya blog tak tahu pun kita datang ke blog dia. Sebab Mia langsung tak tinggalkan jejak kat ruangan komen atau shoutbox. Maklumlah newbie lah katakan memang tahap malu yang menebal itu masih ada. Rasanya Mia tak perlu nak beritahu di sini, blog-blog famous mana yang Mia maksudkan. Ada dalam Malaysia dan ada luar Malaysia.

Checklist :
  1. Identiti dan niche blogger
  2. Follower blog
  3. Gaya penulisan entri blog
  4. Kekerapan update blog dalam sehari atau seminggu
  5. Template blog dan watermark
  6. Kemesraan dengan pengunjung
  7. Loading blog.. ringan atau berat
  8. Ranking Alexa
  9. Google Page Rank
  10. Online reader.. bilangan pengunjung yang sedang online di blog itu
  11. Penggunaan widget di laman utama blog
  12. Iklan / banner ads yang dipaparkan

Daripada checklist di atas, Mia akan buat rumusan dan kesimpulan untuk Mia aplikasikan ke momentum berblog Mia. Kalau ikutkan ada banyak lagi yang patut masuk dalam checklist ini. Yang ada ini sudah memadai untuk seorang blogger newbie. 

Setiap blogger newbie tentu ada cara tersendiri kan... Tapi inilah yang Mia buat bila jadi stalker. Kadang itu, sampai hari-hari baca blog-blog famous itu. Menanti setiap update terkini. Nampak macam obses tetapi tidak sebenarnya. Nak lagi senang follow blog itu melalui email. Jadi, kita tidak akan tertinggal entri terkini dari blog tersebut.

Tidak lupa juga, Mia stalker entri-entri lama untuk ceduk ilmu berblog. Makan masa juga nak baca entri-entri lama, selalunya Mia akan buat pada waktu tenang seperti lewat malam sebelum tidur atau apabila terjaga di awal pagi. Mia anggap ini sekadar bahan bacaan untuk menambahkan ilmu di dada.

Perlu diingatkan. Jangan mudah sesekali membuat kesimpulan atau rumusan terhadap satu-satu blog itu berdasarkan entri semasa atau terkini, kerana ianya tidak tepat selagi kita belum lagi stalker entri-entri lama blog tersebut. Tak semestinya kita kena baca semua entri memadailah baca sekali imbas dan jika jumpa entri yang menarik, kita boleh baca sepenuhnya.

Hasil daripada Mia jadi stalker masa newbie, memang tak banyak yang Mia dapat masa itu sebab dunia blog belum lagi gah seperti sekarang. Namun Mia dah cuba sedaya-upaya untuk blog ini dan apa yang anda nampak di blog inilah hasilya.

** selesai baca dan jadilah stalker yang positif.. yeahhhh... (^_^)


Entri-entri lain dalam siri Kisah Newbie :

Post a Comment

12 Comments