Pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 merupakan hari yang bermakna buat team JDT blogger kerana julung pertama kalinya kami membuat Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK), Johor.
Persiapan telah dibuat dalam tempoh sebulan dengan mengumpulkan seberapa banyak sumbangan daripada orang ramai berupa wang tunai dan barang-barang keperluan.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini ialah sesi suaikenal, sesi bergambar, gotong-royong, penyampaian sumbangan dan sambutan hari lahir.
Mia dengan backdrop majlis
Aturcara program
Yeahhh... kami JDT Blogger
Selfie dari belakang semasa sesi suaikenal. Kami memperkenalkan diri dan blog masing-masing sekaligus memberi pendedahan kepada mereka tentang blog dan kesannya terhadap masyarakat di alam maya.
Uyul sedang bertanya soalan pada anak putera PKAYIK. Siapa yang dapat jawab akan dapat ole-ole dari kami.
Selfie dengan pengasuh puteri PKAYIK. Sangat peramah orangnya dan sentiasa tersenyum.
Sesi gambar dari sudut tepi. Wajib senyum.
Aksi formal dan skema. Nampak agak serius.
Aksi bebas dengan masing-masing menunjuk ke sebelah kiri.
Dalam aktiviti gotong-royong pula. Mia dan Eda ditugaskan untuk membersihkan surau putera a.k.a. surau utama dan surau puteri. Kami mendapat kumpulan anak-anak PKAYIK yang rajin menyumbang tenaga dan sambil buat kerja sambil berkenalan dengan mereka.
Jom tengok team Mia dan Eda....
Sibuk membahagikan tugas kepada anak-anak PKAYIK.
Lipat dan susun sejadah di rak.
Lap kipas angin dan lap tingkap.
Susun semula Al-Quran dan buku-buku agama.
Close-up lap tingkap.
Sesi memberus dan menyental. Nampak comel Eda di situ.
Vacuum dan sapu hamparan carpet. Lipat carpet yang tidak digunakan dan susun semula carpet ke tepi dinding.
Tetap ceria walaupun peluh berjurai-jurai membasahi diri.
Nampak kemas lepas dibersihkan.
Sejuk mata memandang.
Masa untuk berselfie.
Muka gembira kami berdua lepas selesai membersihkan kedua-dua surau.
Setiap ahli team JDT Blogger ada tugas masing-masing bersama anak-anak PKAYIK. Alhamdulillah... aktiviti gotong-royong berjalan lancar dan kami terus berehat untuk minum pagi.
Sambungan seterusnya di entri kedua.. SINI
** membudayakan diri dengan masyarakat..
14 Comments
nampak ketembunan eda disitu..ayarkk....
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
hahaha.. takpe eda.. comel apa..
Deleteassalamualaikum mia...alhamdullilah...akhirnya berjya mejlnkan tugas yg diberi...:)
ReplyDelete** Mama Maszull
waalaikumussalam mama... syukur sangat semuanya dah selamat..
Deleteaamiin...:)
Deletealhamdulillah..selesai program..rindu dengan mereka
ReplyDeleteJemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita
haah kan.. jadi kenangan..
DeleteBagus juga geng JDT blogger buat program kasih macam ni kan!
ReplyDeletealhamdulillah.... sama2 kerjasama buat ni..
DeleteSeronok betul tengok.. Alhamdulillah.. bila berjemaah ni mmg seronok..
ReplyDeletememang seronok.. rasa macam nak lagi..
DeleteBagusnya ada aktiviti macam ni.
ReplyDeleteSyabas dan tahniah team JDT blogger
terima kasih ya fidah..
Deleterinduuu mereka semuaaaa
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan