Kisah dari dapur Mia. Menu simple dan mudah untuk dimasak bagi ibu yang bekerja. Ikan masak pindang. Mia biasanya lebih gemar dengan ikan selar.
Mia masak kat rumah ini memang tidak pedas. Jadi kalau sesiapa nak pedas boleh bubuh cili api atau lada.
Ikan selar yang dah disiang dan dicuci bersih.
Bahan yang diblender ; bawang putih, halia, kunyit, bawang merah. Goreng sehingga garing bersama hirisan bawang besar dan serai yang dititik. Bubuh garam secukup rasa.
Masukkan air dan air asam jawa. Selepas mendidih, masukkan ikan. Biarkan mendidih seketika sehingga ikan dah masak.
Dah siap dihidang kat mangkuk. Sedia untuk dimakan.
Resepi mudah. Main campak-campak terus siap... Alhamdulillah.. selesai kerja memasak ikan masak pindang di dapur.
** Sofea suka kuahnya...
3 Comments
Sedapnya sis....resepi yang simple tapi sedap...
ReplyDeleteBulan puasa selalu bunda masak ni...anak2 pon suka..
ReplyDeleteassalamualaikum mia...alhamdullilah sedap ni...
ReplyDelete** Mama Maszull