Best Ke Jadi Blogger?



Soalan yang saling ditanya pada Mia? Best ke jadi blogger?

Aduhai... soalan cepu emas ni. Terlalu subjektif untuk dijelaskan. Tapi yang pastinya Mia akan jawab... best jadi blogger.

Bila ada blog.. Kita ada pengunjung blog. Kita ada komuniti blogger. Kita tak sunyi. Kita ada dunia luar selain dari dunia rumah dan dunia kerjaya. Kotak pemikiran kita terbuka dan tak terkongkong.

Yang paling best berblog bila blog ini membuahkan hasil pada kita. Macam kita tanam pokok lama-lama akan keluar buah. Kalau blog, lama-lama boleh menjana pendapatan sampingan disamping kita mempunyai ramai kawan. Bila pengunjung respon di blog kita. Bila ada orang nak beriklan di blog kita. Terasa seronok, dihargai dan bahagianya. Perasaan itu yang blogger saja yang dapat rasa. 

Bukan senang nak jadi blogger. Semuanya kena buat sendiri. Update blog, buat segmen/giveaway, blogwalking, reputasi blogger, public relation dengan advertiser dan lain-lain.

Pendek kata.. Mia sangat respect pada blogger yang ada komitmen kerjaya dan keluarga...


** buatlah blog sendiri.. nanti baru tahu best ke tak jadi blogger ni?

Post a Comment

23 Comments

  1. betul sangat...stuju.. :)

    ReplyDelete
  2. Betul tue sis Mia . Bukan senang nk jdi seorang blogger . Tambah-tambah bila dah galas tanggungjawab lepas berumah tangga, melayan anak-anak , komitmen dengan kerja lagi . Kena pandai bahagi masa

    ReplyDelete
  3. stuju..bgus juga jadi blogger ni sbb kite bolh naikkan skill kita dlm penulisan..perckpan dgn org rmai

    ReplyDelete
  4. Kan? Best best. Walaupun masih picisan, tapi dah rasa best dah.. 😀😉

    ReplyDelete
  5. yup. banyak sebenarnya kelebihan yang kita boleh dapat dengan blog ni. yang paling best, bila penulisan kita beri manfaat pada orang lain. kan? :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia...betul tu mia...pada yg x ada blog mmg akan tanya kita mcm tu...tapi kita yg rasa mcm mana ada blog ni mmg cukup menyeronokkan...dpt kenal kwn alam maya yg kita kenali melalui blog..pengalaman yg cukup menggembirakan hati ...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  7. Nak tahu best ke tak, buat blog sendiri. Confirm best punye..

    ReplyDelete
  8. betul. setuju.. disamping menjana pendapatan kecik2, ia boleh dijadikan kenangan jika satu hari nnti kita dah takde kt muka bumi ni..

    -mrspuex-

    jom join #SBB2017

    ReplyDelete
  9. betul tu kak..kita dapat ramai kawan yang sebelum ni kita tak pernah kenal..best ooo jadi blogger
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  10. best. sebab ramai kwn2 di alam maya melalui blog ;)

    ReplyDelete
  11. Salam singgah sini sis....Setuju sangat...walaupun tak aktif sangat dah tapi tetap minta dengan dunia blogging ni..

    ReplyDelete
  12. best jadi blogger tapi bertambah best bila masyukk poket sambil layan blog..haha

    ReplyDelete
  13. kalau MV best ..sebab kenal ramai kawan2 blogger dari lain2 negeri

    ReplyDelete
  14. memang seronok berblog.puncuk pangkal, minat..
    JanjiKita

    ReplyDelete