Lazada Birthday Blogger Contest
Wahh... peluang yang harus direbut oleh semua blogger di luar sana. Lazada Birthday Sale akan berlangsung bermula 22 hingga 24 Mac 2017 di mana ianya menawarkan diskaun sehingga 90%. Memang wow! Lazada dengan besar hati kini menganjurkan Lazada Birthday Sale Giveaway khas untuk para blogger dengan hadiah yang sangat menarik. Semakin ramai blogger yang join, semakin ramai yang akan dipilih.
Boleh rujuk SINI untuk panduan blogger menyertai contest ini.
What do you love about Lazada Malaysia?
Sememangnya Mia pelanggan Lazada Malaysia. Banyak juga barang yang Mia dah beli dari Lazada. Yang terbaru, Mia beli purse Birds Clutch Wallet Leather Case Long Zip Button Card Purse Handbag Hot Pink dan kisahnya ada di SINI.
Jom tengok apa yang Mia dah shopping online kat Lazada Malaysia.. [Sila klik pada gambar untuk besarkan]
Yang ini pada tahun 2015. Barang pertama Mia shopping kat Lazada dan kisahnya ada di SINI.
- Pelbagai pilihan dan jenama untuk satu-satu jenis barang. Mia memang suka sangat kalau nak beli satu-satu barang, Mia akan bandingkan harga kemudian tengok jenama mana yang lebih sesuai di samping baca review pelanggan tentang produk tersebut. Jadi, memang senang nak buat pilihan supaya tidak tersalah beli dan memang akan pilih harga yang lebih berpatutan untuk jimat kos.
- Selalu ada jualan murah (sale) secara besar-besaran. Peluang seperti ini perlu direbut sebab bila tiba sale saja, harga barang memang boleh dapat banyak diskaun. Apa yang Mia buat, Mia akan masukkan barang-barang yang Mia minat nak beli ke dalam Wishlist. Bila sale saja, cepat-cepat tengok harga barang-barang kat dalam wishlist, kalau harganya lebih murah, Mia terus beli pada masa itu juga. Barang itu memang barang yang Mia dah target nak beli.
- Jimat masa, kos dan tenaga berbanding beli secara fizikal di kompleks membeli-belah. Ada barang yang kita boleh beli saja dari online, tak perlu nak perlukan masa pergi ke kompleks membeli-belah dan makan masa untuk pilih itu ini sambil jalan dari satu kedai ke satu kedai. Kadang itu sampai ke sudah tak beli-beli juga barang yang dihajati sebab bila datang dan tengok, tiada yang berkenan di hati. Balik rumah dengan tangan kosong. Esok lusa mula keluar semula ke tempat lain untuk beli. Ini dah ambil dan makan banyak masa dengan kos minyak kereta lagi. Bagi Mia, ada barang yang boleh beli secara fizikal dan ada barang yang boleh dibeli secara online. Selagi boleh dibeli online, Mia akan beli online.
- Percaya pada Lazada Malaysia. Sebab setakat ini, Mia tiada masalah besar untuk shopping barang kat Lazada. Rasa kepercayaan itu ada sebab barang semua sampai pada Mia. Memang sekarang ini dah banyak laman shopping online di Malaysia. Tapi Mia masih tak berani lagi. Seperti yang Mia katakan, sebenarnya sebagai pelanggan online kita sentiasa hadapi risiko tinggi semasa buat pembelian. Macam-macam boleh berlaku. Rasa selamat ke tidak transaksi kita itu. Barang-barang yang dibeli boleh sampai ke rumah kita ke.. Betul ke laman web shopping ini? Boleh dipercayai ke tak... dan juga yang perlu dititikberatkan aduan daripada pelanggan.
Top Three Product picks from Lazada Malaysia
Hmm... tak sabar rasanya nak tunjukkan 3 barang yang paling top di hati Mia. Mia printscreen dari web Lazada. Memang akan tengok dan pandang hari-hari setiap kali tengok kat Lazada. Moga satu masa nanti dapat dimiliki jua. Bila nak beli online, Mia akan gunakan aplikasi mobile Lazada kat handphone Mia.
Samsung Galaxy Note 5 (32Gb/64GB) di SINI. Sekarang ini Mia guna handphone Samsung Galaxy Note 3. Dah lama tanam azam nak upgrade ke Note 5. Tingginya cita-cita Mia. tetapi tak mustahil bukan?
VINNFIER Ether 5BTR 2.1 Speaker with Built in Bluetooth, FM, SD Card and USB di SINI. Nak dijadikan cerita speaker yang lama dah rosak pula. Jadi Mia pilih speaker jenis ini yang lebih banyak fungsi dan menepati citarasa Mia.
Samsung Vacuum Cleaner SC4470 di SINI. Vacuum yang ada dah terlalu lama dan nampak uzur. Rasanya memang dah patut diganti yang baru. Pilihan Mia vaccum jenama Samsung ini untuk lebih tahan lama. Warna pink sudah satu kemestian.
How do you think Lazada Malaysia can improve?
Hmmm.. bukannya senang nak jawab soalan cepu emas ini. Pada pendapat Mia, Lazada Malaysia perlu titikberatkan beberapa isu yang Mia nak utarakan ini :-
- Perbaiki atau upgrade sistem belian online dalam Lazada Malaysia. Ada ketika itu Mia nak beli online, bila dah masukkan pin nombor untuk beli dengan kad kredit, sistem terus hang dan tak nampak apa-apa notifikasi tentang transaksi yang dibuat. Ini berlaku ketika ada jualan murah besar-besaran di Lazada Malaysia. Mia terpaksa menunggu emel pengesahan pembelian hingga beberapa minit untuk memastikan yang transaksi itu berjaya dibuat.
- Perbaiki perkhidmatan lepas jualan. Mia ada beli produk TOBI Portable Handheld Travel Steamer Iron pada tahun lepas. Bila dah sampai, tak boleh guna dengan air terkeluar dari tempat yang tak sepatutnya. Mia ada cuba isi borang online tetapi tiada maklumbalas. Selepas sebulan, Mia terus buat panggilan ke Customer Service, barulah dapat selesaikan masalah Mia. Lazada menghantar semula produk yang baru tanpa memulangkan yang asal.
What is your birthday wish to Lazada Malaysia?
Wahhhh.. cepatnya masa berlalu. Tak sangka Lazada Malaysia dah 5 tahun beroperasi. Congratulations!!! Mia sangat bangga menjadi salah seorang dari pelanggan Lazada Malaysia dan nak juga bagi ucapan istimewa ini.
Happy 5th Birthday To Lazada Malaysia !!!!
** entri penyertaan dari Mia Liana....
25 Comments
assalamualaikum mia...wah !! semoga berjaya mia...tahniah juga buat Lazada....
ReplyDelete** Mama Maszull
waalaikumussalam mama.... terima kasih ya...
Deletesama2 mia...
DeleteGood luck kak mia! ramai betul yang join contest ini..
ReplyDeletethanks luqman... memang ramai yang join. kak mia pun nak selit juga... hehehe...
Deletesemoga berjaya (^_^).
ReplyDeletethanks ya ucing...
DeleteWahh semoga berjaya kak miaaa.
ReplyDeleteJom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
amin... terima kasih uyul...
Deletesalam singgah sabtu...
ReplyDeletenieyl masih dalam draf....
carik idea nak sambung kejap lagi...
Kalau sudi,jemput join segmen yg sedang berlangsung...
http://seindahcerita.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-seindahcerita-by-nieyl.html
salam ahad ya nieyl.. dah join malam tadi...
DeleteGood luck sis 😘
ReplyDeleteterima kasih ya..
DeleteGood luck
ReplyDeletetq mrs a..
DeleteSemoga berjaya sis. Saya pun baru je join contest dari Lazada ni.
ReplyDeleteterima kasih.. wahh.. gud luck ya..
Deletethanks ya aqidah..
ReplyDeleteterima kasih kin...
ReplyDeleteassalamualaikum mia...nanti ada masa mama join sekali yer...:)
ReplyDelete** Mama Maszull
waalaikumussalam mama.. jom lah join..
Deletegood luck kak mia , saya pun join jgak
ReplyDelete:D
wahhh... khairil pun join juga ya.. gud luck..
Deletegood luck kak mia
ReplyDeletetq ya mv..
Delete