iPrice Blogger Competition - Lazada.com.my
Untuk makluman entri ini adalah entri penyertaan untuk iPrice Blogger Competition di SINI (https://iprice.my/iema/2016/blogger-competition.html). iPrice dengan pautannya https://iprice.my adalah satu laman web online shopping yang semakin popular bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara. Ianya mempunyai pemilihan barangan atau produk berjenama besar, pilihan pelbagai produk yang berbeza, boleh membandingkan harga dari pelbagai kedai online dan yang bestnya menawarkan kupon, diskaun, promosi dan banyak lagi.
Sebagai mengikut syarat-syarat contest ini, Mia perlu menjawab beberapa soalan yang disediakan.
Pick an e-commerce shop of your choice
Mia nak pilih Lazada.com.my kerana Mia memang pelanggan tegar Lazada sejak tahun 2015. Mia ada beli Elba Slim Cooker Hood di SINI dan terbaru beli purse di SINI.
State issues potential issues they're facing today
- Kesetiaan pelanggan terhadap Lazada. Apabila semakin ramai pelanggan yang shopping online di Lazada, kesetiaan terhadap Lazada perlu diambilkira. Contoh, katakan pelanggan yang dah bertahun shopping di Lazada, apa yang mereka dapat selain dapat beli barang murah dan diskaun? Lazada kena ambil berat hal ini memandangkan Lazada terpaksa bersaing dengan semakin banyak laman web shopping online yang ada sekarang ini. Pelanggan pula mula menilai dan membandingkan laman web shopping online yang paling memudahkan mereka dan memberikan faedah / keuntungan yang besar buat mereka.
- Pengurusan yang kurang cekap tentang bantuan khidmat pelangan atau helpdesk. Pilihan yang diberikan kepada pelanggan sekiranya ada masalah atau aduan iaitu melalui panggilan telefon ke helpdesk Lazada atau mengisi borang online. Sudah pastinya pelanggan akan menanggung kos bil telefon bila buat panggilan ke helpdesk. Jika mengisi borang online, pelanggan terpaksa menunggu maklumbalas dari Lazada dan ianya memakan masa juga sekiranya masalah yang dihadapi perlu jawapan atau tindakan segera. Seperti ketika hendak shopping barang di Lazada, pelanggan baru besar kemungkinan menghadapi masalah di bahagian Wishlist atau Checkout.
- Sistem tergendala atau hang ketika waktu promosi atau jualan murah besar-besaran. Apabila ramai pelanggan berlumba-lumba mengejar Flash Sale, seperti yang Mia alami, transaksi pembayaran melalui kad kredit akan hang sekejap dan adakalanya tiada notifikasi transaksi berjaya. Amat membimbangkan kerana Mia perlu menunggu beberapa minit ketibaan emel notifikasi untuk memastikan yang transaksi tersebut berjaya. Perkara ini terjadi pada Mia dalam 2 kali. Terkadang, ada juga halaman yang terlambat sedikit loadingnya, terpaksa refresh browser beberapa kali baru boleh upload.
Propose strategies the e-commerce shop can undertake to solve the issue
Mengadakan kad keahlian pelanggan dengan menawarkan pembelian yang lagi hebat dan istimewa kerana setia dengan Lazada.com.my. Contoh : Hari Istimewa Pelanggan Lazada, Gold Member Day, VIP Member Day. Dengan erti kata lain, pelanggan tidak akan mudah lari ke laman web shopping online yang lain.
Sebagai contoh cadangan keahlian Gold dan Vip boleh mengikut jumlah pembelian atau pun lamanya dengan Lazada.com.my. Butiran di dalam kad seperti Nama, Member No, Member Since, Card No dan lain-lain yang dirasakan perlu.
Ilustrasi kad keahlian pelanggan yang Mia boleh gambarkan. Selalunya bila ada kad seperti ini pelanggan akan rasa dihargai.
Mengadakan khidmat bantuan pelanggan atau heldesk chat secara online. Bagi memudahkan pelanggan berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di helpdesk pada masa real-time supaya apa-apa kekeliruan dan permasalahan boleh diadukan dengan segera disamping dapat dijawab atau mendapat tindakan segera dari pegawai khidmat pelanggan. Perlu ambil kira tidak semua pelanggan tahu menggunakan sistem online shopping.
Daripada cara mengisi borang atau membuat panggilan telefon
bertukar kepada online helpdesk chat
Ilustrasi laman online helpdesk chat yang Mia dapat gambarkan. Bila klik pada butang Chat Now akan terpapar tetingkap online chat dengan pelanggan. Komunikasi chat yang dicadangkan adalah dua hala.
Ilustrasi pertambahan kuota bandwidth dan server yang diakses oleh ramai pelanggan Lazada melalui internet.
Semua jawapan serta penerangan di atas adalah dari pandangan dan pendapat Mia sebagai pelanggan setia Lazada. Adalah diharapkan agar entri ini dapat membantu dalam mempertingkatkan kecekapan pengurusan Lazada di samping mengekalkan prestasi kualitinya sebagai laman web online shopping yang terhebat di Malaysia.
** entri penyertaan dari Mia Liana
Semua jawapan serta penerangan di atas adalah dari pandangan dan pendapat Mia sebagai pelanggan setia Lazada. Adalah diharapkan agar entri ini dapat membantu dalam mempertingkatkan kecekapan pengurusan Lazada di samping mengekalkan prestasi kualitinya sebagai laman web online shopping yang terhebat di Malaysia.
Segalanya di hujung jari. Shopping online pilihan terbaik masa kini.
** entri penyertaan dari Mia Liana
6 Comments
good luck kak..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
terima kasih hernee..
Deletegoodluck kakkkk mia.
ReplyDeleteJom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
thanks ya uyul..
Deletewow...hebat betoi mia...dengan ilustration sekali...memang berhak dapat 1st runner up....congrates dear
ReplyDeleteuikk... memang tak sangka boleh menang. terima kasih shahdiana..
Delete