Terdetik Di Hati Nak Kerja Swasta


Dah beberapa kali hati Mia ini terdetik nak kerja swasta. Hmmm... bukannya nak menolak tuah kerja di sektor kerajaan tapi tu lah kadang nak kena ada perubahan juga. 

Setakat ini dah 11 tahun Mia menjawat jawatan tetap Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Sejarahnya ada di SINI. Banyak suka duka liku-liku yang dilalui. Banyak kali usaha mohon Pegawai Teknologi Maklumat F41 namun masih belum ada rezeki lagi. Kebanyakan gred F41 yang ditawarkan adalah kontrak. Mia tak boleh mohon sebab Mia dah berstatus tetap.

Memang kat luar sana tu berlumba-lumba nak masuk sektor kerajaan tapi masih belum berjaya. Mia syukur Mia ada kerja.

Ironinya... kerja kerajaan pun ada sibuknya. Cuma di bidang ICT ni.. banyak kerja di sebalik tabir. Orang hanya kata kita ni tak ada kerja. Padahal banyak sebenarnya. Kebanyakan orang ICT ni selalunya humble.. tidak menunjuk-nunjuk. Dah tu bilangannya tidak ramai. Beberapa kerat je. Selalu dipinggirkan kewujudannya. Tapi tu lah, bila boleh buat kerja macam-macam, sampai bila-bila pun kena buat macam-macam walaupun bukan kerja hakiki. Macam salahguna tenaga kerja.

Bukannya nak membuka pekung di dada tapi itulah lumrahnya sampai acapkali terasa demotivate namun digagahi juga meneruskan kerja harian. Betul lah kata orang, hanya jauhari yang mengenal manikam. Ibarat orang ICT hanya tahu kerja ICT. Cuba duduk seminggu dua minggu di department ICT, barulah kenal kudrat dan keringat mereka tu macam mana.

Sekadar luahan dari Mia. Tiada niat nak menyinggung mana-mana pihak. Sekarang ni pun dah susah nak cari kerja. Lebih ramai menganggur. Sebelum kerja kerajaan, Mia pernah kerja swasta di Kuala Lumpur. Walaupun rakan-rakan sekerja berbangsa Cina, suasana kerja sangat harmoni dan professional. Mia berhenti sebab berpindah ke Johor Bahru.

pujuk hati.. andai ini yang terbaik.. dipermudahkanlah...

Post a Comment

9 Comments

  1. baru nak bagi ayat pujuk hati tu.. tak pe lah.. Allah kan ada... Dia sebaik-baik perancang...

    ReplyDelete
  2. kat mana - mana jabatan kerajaan pon memang macam tu. kat jabatan saya pon, kerja kerja selain tugas hakiki tu kadang lebih membebankan berbanding tugas hakiki kita. baik untuk pegawai kanan, atau pegawai sokongan macam saya ni. pernah gak terpaksa tanggung tugas pegawai lain yang malas nak buat kerja... bertahun jugak... sampai kan 1 tahap hilang rasa hormat pada pegawai2 macam ni...

    ReplyDelete
  3. Semoga sis di permudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  4. bersabarlah ya kak mia...mungkin ini yang terbaik buat kak mia pada masa ini...insya Allah, mudah-mudahan apa yang kak mia inginkan tercapai...aamiin..^_^

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia...in sha Allah mia semoga dipermudahkan hendaknya...:)

    ReplyDelete
  6. Nisa kje swasta.. Hati Kne kental lebih skit.. Pape pun ada pro and cons

    ReplyDelete
  7. kak mia saya faham sebab org library mcm mv ni pun x dipandang sgt

    ReplyDelete