Sekadar perkongsian di blog ini agar kita sentiasa saling ingat-mengingati. Bagi yang sudah berumahtangga, perlulah laksanakan tanggungjawab demi menjaga keharmonian rumahtangga. Binalah keluarga dengan penuh penghayatan Islam. Mudah-mudahan berbahagia hingga ke jannah.
Tanggungjawab Suami Mengikut Islam
ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
[ Sumber ]
Pokok pangkalnya... persefahaman, kata sepakat dalam setiap hal, masalah dapat diatasi segera, toleransi dan saling membantu. Buat suami, isteri dan anak adalah amanah dari Allah. Jangan sia-siakan hidup mereka. Jangan aniaya mereka. Sayangi dan hargai mereka bukan sekadar di mulut tapi dengan perbuatan dan kotakanlah janji yang telah dimerterai semasa akad nikah dahulu.
Bagi isteri yang bekerja, si suami juga perlu laksanakan tanggungjawabnya walaupun gajinya lebih kecil dari isteri. Jangan bebankan isteri dengan hutang yang banyak demi menyara keluarga dan biarkan isteri bayar semuanya seorang diri dengan uruskan anak dan dapur seharian. Sepatutnya dipikul sama-sama dengan suami. Sama-sama susah dan sama-sama senang. Bukan sendiri yang senang tapi menyusahkan isteri. Mungkin isteri tidak merungut dan ikutkan kehendak suami. Tetapi lama-kelamaan pasti rumahtangga akan goyah apabila suami terlalu ego dan abaikan isteri saban tahun. Berdosa besar bagi suami yang membuat isteri derita apatah lagi jika panas baran dan melakukan penderaan fizikal pada isteri. Moga dijauhkan dari ini...
Sekadar perkongsian.... ianya mungkin berlaku di sekitar kita tanpa kita sedar atau perasan. Lebih baik muhasabah diri.... sayangi keluarga kita seadanya...
Bagi isteri yang bekerja, si suami juga perlu laksanakan tanggungjawabnya walaupun gajinya lebih kecil dari isteri. Jangan bebankan isteri dengan hutang yang banyak demi menyara keluarga dan biarkan isteri bayar semuanya seorang diri dengan uruskan anak dan dapur seharian. Sepatutnya dipikul sama-sama dengan suami. Sama-sama susah dan sama-sama senang. Bukan sendiri yang senang tapi menyusahkan isteri. Mungkin isteri tidak merungut dan ikutkan kehendak suami. Tetapi lama-kelamaan pasti rumahtangga akan goyah apabila suami terlalu ego dan abaikan isteri saban tahun. Berdosa besar bagi suami yang membuat isteri derita apatah lagi jika panas baran dan melakukan penderaan fizikal pada isteri. Moga dijauhkan dari ini...
Sekadar perkongsian.... ianya mungkin berlaku di sekitar kita tanpa kita sedar atau perasan. Lebih baik muhasabah diri.... sayangi keluarga kita seadanya...
sebab itu dalam Islam... adanya talak dan fasakh...
11 Comments
info berguna kak.. In Sha alllah bapa2 sedunia stiasa berlaku adil..huhu
ReplyDeleteterima kasih jie...
Deletenice share kak...insyaallah...
ReplyDeletealhamdulillah... terima kasih...
Deletenice..thnks 4 sharing kak..hope sume laki alert la yeh.haha
ReplyDeletesama2... jangan ingat kahwin tu macam kacang je... huhuh tanggungjawabnya tu yang berat..
DeleteNice sharing mia.. moga sama-sama suami isteri menjalankan tanggungjawab masing2 :)
ReplyDeleteamin... sama2 lah kita...
DeletePanduan berguna nie..
ReplyDeletepengkongsian yang bagus ni...
ReplyDeleteassalamualaikum mia...alhamdullilah...:)
ReplyDelete