Segalanya Ku Tinggalkan



Segalanya ku tinggalkan
Demi hati yang robek ini
Hancur luluh berkecai
Musnah harapan dan janji

Segalanya ku tinggalkan
Demi meneruskan sisa hidup ini
Walau pahit dirasai
Walau perit disakiti

Segalanya ku tinggalkan
Walau dari hasil titik peluhku sendiri
Yang ku idam
Yang ku bina

Segalanya ku tinggalkan
Kerana begitu kecewanya
Dengan sikap ego dan bangga diri
Yang tiada kesudahan

Segalanya ku tinggalkan
Hanya satu yang kubawa
Intan permata hidupku
Yang teramat kusayangi

Segalanya ku tinggalkan
Demi pengorbanan
Yang tiada penghargaan
Tanpa menoleh ke belakang lagi


puisi nukilan dari Mia di malam ni... fresh from oven... (^_^)

Post a Comment

6 Comments

  1. Bestnya madah ni...
    Tinggalkan demi pengorbanan, yang tiada penghargaan. Sedih :(

    ReplyDelete
  2. semuanya itu sudah suratan... semoga berjumpa harapan baru yang lebih cemerlang dan gemilang

    ReplyDelete
  3. terbaik lah kak mia.. sy memang suka menulis dan juga membaca puisi...

    ReplyDelete