Puasa Arafah 9 Zulhijjah



Puasa Arafah 9 Zulhijjah

Dalil :
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang" - (Riwayat Muslim)

Lafaz Niat :
"Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta'ala "

Kelebihan Puasa Arafah :
  1. Puasa Arafah adalah suatu jalan / ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar.
  2. Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya merela merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.
  3. Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar apabila dilakukan pada bulan-bulan yang lain.
  4. Digalakkan juga perbanyakkan doa. Menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah SAW bersabda "Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah"

sama-samalah kita beramal.. puasa sunat Arafah.. insyaAllah..


Post a Comment

5 Comments