Penutupan Jalan Di Johor Bahru Sempena Sambutan Kemenangan JDT Juara Liga Super 2014, 2015 dan 2016



Di sini Mia kongsikan hebahan buat semua warga Johor Bahru. 

Tarikh Acara : 23 - 25 September 2016

Makluman penutupan jalan sempena sambutan kemenangan JDT, Juara MSL 2014,2015 dan 2016. Jalan yang terlibat Fly Over bersebelahan Dataran Bandaraya Johor Bahru akan ditutup untuk semua kenderaan bermula 23hb 12.00 pagi sehingga 25 hb 7.00 pagi. 



Makluman penting, perarakan akan bermula di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan berakhir di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sebanyak 16 jalan akan ditutup dari pukul 7.30 pagi hingga 9.30 malam mulai Sabtu ini.

Ia meliputi Jalan Bomba Larkin ke Jalan Dato Jaafar, JPJ Lama-Jalan Kebun Teh Lama, Danga City Mall-Jalan Tun Razak, City Square-Jalan Tun Razak, Jalan Wong Ah Fook, Tropical Inn-Jalan Gereja, Jalan Trus, Kotaraya-Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Jalan Tun Dr Ismail, Lot 1, Hospital Sultanah Aminah (HSA)-Jalan Pantai Lido, Gerbang Istana Bukit Serene-Jalan Skudai, Dataran Bandaraya, KFC-Jalan Sungai Chat serta Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Kemuncak perarakan itu pula iaitu dari pukul 9.30 malam hingga 3 pagi Ahad ini, lima lagi jalan utama akan ditutup, merangkumi Jalan Skudai (Pantai Lido)-Dataran Bandaraya, Jalan Sungai Chat-KFC, Jalan Datuk-Dataran Bandaraya Johor Bahru, Jalan Thompson dan Jalan Lingkaran Dalam.

Sebagai alternatif, pengguna jalan raya yang dari Singapura dinasihatkan agar menggunakan laluan Singapura-Lingkaran Dalam-Jalan Pasir Pelangi; Singapura-Kota Tinggi-Kuala Lumpur-Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) serta Singapura-Jalan Lingkaran Dalam-Jalan Yahya Awal-Jalan Ibrahim.

Pengguna menghala ke HSA, diminta melalui laluan arah Skudai-Jalan Tun Razak-Jalan Lingkaran Dalam-Jalan Yahya Awal-Jalan Mahmoodiah, manakala pengguna dari Kota Tinggi boleh mengambil arah ke EDL-Susur Jalan Abu Bakar-Jalan Lingkaran Dalam.

Kepada penguna jalan raya diharap dapat menggunakan laluan alternatif yang lain. Harap Maklum.

Sumber : IPK Johor

 tahniah JDT....



Blogger dijemput join :
Klik SINI

Post a Comment

6 Comments