Air Mata Yang Mengalir



air mata yang mengalir
bukan kerana mengada
bukan kerana merana
bukan kerana meraih

air mata yang mengalir
rentetan lanjutan kesedihan
dek hati yang teraniaya
oleh janji-janji yang dikhianati
kepercayaan hilang tiada dicari
istana kasih sayang runtuh
sendirinya dirobek berkecai
jaminan tiada untuk kembali

air mata yang mengalir
luahan hati sanubari
yang sekian lama terbuku
yang sekian lama terabai
yang sekian lama terlantar

air mata yang mengalir
dambaan lubuk hati
merintih mencekau
seangin meneriak khabar
secubit merasa ceria
sekelumit mengimpi bahagia
walau hanya seketika
bertakhta di hati nurani


nukilan pagi ini... puisi dari Mia...


Sedang berlangsung sekarang :
Klik SINI untuk join

Post a Comment

11 Comments