air mata yang mengalir
bukan kerana mengada
bukan kerana merana
bukan kerana meraih
air mata yang mengalir
rentetan lanjutan kesedihan
dek hati yang teraniaya
oleh janji-janji yang dikhianati
kepercayaan hilang tiada dicari
istana kasih sayang runtuh
sendirinya dirobek berkecai
jaminan tiada untuk kembali
air mata yang mengalir
luahan hati sanubari
yang sekian lama terbuku
yang sekian lama terabai
yang sekian lama terlantar
air mata yang mengalir
dambaan lubuk hati
merintih mencekau
seangin meneriak khabar
secubit merasa ceria
sekelumit mengimpi bahagia
walau hanya seketika
bertakhta di hati nurani
nukilan pagi ini... puisi dari Mia...
Sedang berlangsung sekarang :
Klik SINI untuk join
11 Comments
pepagi dah rasa syahdu ni..huhu
ReplyDeletetu la pasal.. feeling jap..
Deletebestnya
ReplyDeletesayu je
sesekali sayu seketika... :)
Deletepuitis sungguh ,,, air mata tu turun tanpa kita pinta
ReplyDeletetu la.. tetiba idea datang mencurah...
DeleteBunyi dah macam putus cinta kak. Hehe
ReplyDeletelebih kurang macam tu lah bunyinya...
Deletesayuuu..hehe..
ReplyDeletesabar ya... tq..
Deleteassalamualaikum mia...sayunya hati...:(
ReplyDelete