11 Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Pada Anak-Anak



Perkongsian dari Majalah Pa&Ma tentang tips keluarga yang Mia rasa sangat bermanfaat buat kita semua terutamanya yang sudah berkeluarga dan ada anak. Perkara mendidik anak tidak boleh dianggap remeh atau membebankan kita. Dah menjadi tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Anak adalah amanahNya. 

Jom kita tengok apakah 11 perkara yang tidak patut dilakukan pada anak-anak.

  1. Tidak patut memaki dan memarahi anak dengan kata-kata yang kesat kerana ia satu doa. Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik.
  2. Tidak patut memukul seorang anak itu jika dia berusia 10 tahun ke bawah seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah dalam hadis sahih. Baginda hanya menyatakan boleh dipukul anak itu jika tidak solat pada usia 10 tahun. Itu pun kerana solat. Apa yang lebih hebat dari solat?
  3. Tidak patut membandingkan anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain. Sudah tentu potensi anak kita berlainan dengan anak orang lain atau dengan anak-anak yang lain.
  4. Tidak patut kita mengabaikan anak sewaktu kita berada dekat dengannya seperti hanya menumpukan perhatian kepada telefon dan kerja sedangkan anak berada di sebelah kita. Seharusnya kita banyakkan berbual dan bergurau dengan anak pada waktu itu.
  5. Tidak patut kita hanya memaksa dan memadatkan jadual anak dengan jadual akademik semata-mata. Mereka juga memerlukan masa lapang dan rehat untuk bermain dan berhibur seperti kita juga.
  6. Tidak patut kita kedekut dengan anak-anak apabila mereka meminta sesuatu yang kita rasakan membazir bagi kita seperti mainan tapi kita tidak berkira pula mahu beli rokok dan gajet telefon misalnya.
  7. Tidak patut memberi terlalu banyak kebebasan. Nyatakan had dan peraturannya agar mereka tahu batasan yang mereka tidak boleh langkaui.
  8. Tidak patut kita berakhlak tidak baik di hadapan anak. Contohnya bersikap samseng ketika memandu kereta kerana anak-anak memerhati dan mendengar percakapan kita.
  9. Tidak patut merendahkan orang lain di hadapan anak kerana anak akan juga memandang rendah orang lain dan berkurangan sifat hormat mereka.
  10. Tidak patut kita bersikap sangsi atau tidak percaya kepada anak terlalu berlebihan. Bersifatlah seperti itu dengan batasan tertentu sahaja kerana ia akan hanya merendahkan keyakinan anak itu.
  11. Tidak patut memarahi guru anak di hadapan anak. Itu akan hanya membuatkan anak benci dan tidak menghormati guru tersebut.

sayangi anak-anak kita.... 


Post a Comment

7 Comments