SR-9 Formula Nak Kurus Detoks Bertenaga
Ingat tak tempohari Mia ada cerita yang Mia dengan blogger-blogger menghadiri bengkel produk SR-9 di SINI. Makanya sekarang Mia sedang cuba minum produk ini. Nampaknya ada perubahan positif selepas beberapa hari minum. Setiap orang tak sama kesannya. Tapi bagi Mia memang betul-betul detoks habis ni. Alhamdulillah... kalau minum berterusan akan kurus ni. Satu lagi kan.... tak rasa penat sangat bila dah banyak buat kerja seharian di pejabat mahupun di rumah. Boleh bersilat lagi kat dapur. Tenaga tambahan tu.... Jerawat pula mudah kecut dan semakin berkurangan. Review ikhlas dari Mia ni.
Apa itu SR-9?
SR-9 adalah satu formula khas yang dicipta bagi membantu mengurangkan berat badan. Memang sesuai sangat untuk mereka yang benar-benar nak kuruskan badan. Dengan formula Secret 9 yang akan bertindak secara khusus pada bahagian lemak yang degil dan memberi booster energy bagi pembentukan otot badan agar kelihatan kekal,tegap dan sihat bertenaga. Kalau orang kurus yang minum, badan menjadi fit dan mantap.
Fungsi SR-9
- Memberi nutrisi
- Meningkatkan metabolisma
- Mengawal selera makan
- Membakar lemak 200% lebih pantas
- Membina otot
- Memberi tenaga extra luarbiasa
- Melancarkan detoksifikasi
Bahan-bahan yang digunakan dalam SR-9
- Glutamine - Mengekalkan otot badan
- Creatine - Membantu menyalurkan tenaga
- Protein - Membina otot, hormon, enzim, sel, asid nukleik dan komponen imunisasi badan
- Asidamino - Komponen utama dalam pelbagai metabolisma
- L-Carnithine - Salah satu asid amino yang paling penting bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan
- Fenugreek - Mengawal peningkatan kadar kolesterol dalam badan
- Garcinia Cambogia - Membantu mengawal nafsu selera makan
- Tribulus - membantu dalam peningkatan hormon testosterone (hormon lelaki)
- Catuaba - Membantu memberi nafas baru dalam kehidupan seksual lelaki dan wanita
Mia minum dengan air minuman yang sejuk... lagi sedaplah rasanya kan.. nak-nak perisa oren
Ambil satu sachet kemudian tuang ke dalam botol. SR-9 mudah larut dalam air dan terus Mia goncang.
Sedia untuk diminum..
Jom minum.....
Konon-kononnya sibuk layan ayam.
Petik serai nak buat masak.
Lokasi : Kebun Mak Mia kat kampung
- Tuang 1 sachet ke dalam 150 ml air mineral / air kosong dan kacau / goncang dengan teliti
- Minum 15 minit sebelum sarapan pagi ketika perut kosong
- Untuk penurunan berat badan yang optimum, sila ambil 2 sachets setiap hari dalam masa 40 hari
- Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter (8 - 10 gelas) air setiap hari
Cara penyimpanan
Sila simpan di tempat sejuk dan kering serta elakkan daripada terkena sinaran matahari secara langsung.
Peringatan
Jangan minum SR9 jika hamil. Hentikan penggunaan dan berjumpa pakar perubatan jika anda mengalami tanda-tanda yang luar biasa. Jangan guna jika bungkusan SR-9 mengalami sebarang kerosakan. Pengambilan produk mengikut aturan yang telah di tetapkan.
Testimoni pengguna
Soalan dan jawapan (FAQ)
S - 1 Botol SR-9 boleh digunakan berapa lama?
J - Setiap 1 botol SR-9 mengandungi 20 sachet untuk kegunaan 20 hari. Bagi anda yang ingin kesan yang lebih cepat, bolehlah mengambil 1 sachet di sebelah pagi dan 1 sachet sebelum bersenam di waktu petang / malam.
S - Cara pengambilan SR-9?
J - Tuangkan satu sachet ke dalam segelas air yang mengandungi 150ml sejuk atau suam. Pengambilan sebaiknya adalah ketika perut kosong.
S - Apakah perisa SR-9?
J - SR-9 berperisa oren.
S - Adakah SR-9 memberi kesan sampingan?
J - Setakat ini, tiada sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.
S - Sekiranya tidak lagi mengambil SR-9, adakah berat badan akan meningkat naik semula?
J - Tiada kebergantungan terhadap produk ini. Anda boleh berhenti menggunakan sekiranya telah mendapat bentuk dan berat badan ideal yang anda inginkan.
S - Adakah mesti berpantang?
J - Tiada sebarang larangan atau istilah pantang kerana SR-9 bukan ubat, ianya hanya sejenis minuman Botanical (minuman kesihatan).
S - Adakah senaman itu perlu?
J - Senaman adalah bagus untuk setiap orang. Bagi anda yang melakukan senaman, kesannya amat cepat dan sangat membantu proses pembakaran lemak. Tapi bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersenam pun akan mendapat kesan penurunan berat badan dengan SR-9.
S - Kekerapan membuang air kecil
J - Bagi anda yang baru menggunakan SR-9 kekerapan membuang air kecil akan berlaku. Kesan tersebut amat bagus untuk melancarkan sistem perkumuhan. Boleh dikatakan kebanyakan pengguna akan mengalami proses ini. Akan tetapi anda dinasihatkan supaya mengambil air masakyang banyak (air putih) setiap hari bagi mengelakkan penghidratan berlaku (kekurangan air dalam badan).
S - Bolehkah SR-9 diambil bersama ubatan lain?
J - Boleh. Sila jarakkan dalam tempoh 2 jam pengambilan.
S - Adakah wanita hamil boleh mengambil SR-9?
J - Tidak boleh. Wanita yang hamil adalah dilarang sama sekali mengambil produk yang berunsurkan penghidratan atau sebarang produk slimming.
S - Wanita yang menyusukan bayi boleh mengambilnya atau pun tidak?
J - Boleh setelah bayi mereka berumur 6 bulan dan ke atas.
S - Bagaimana pula penggunaan SR-9 bagi pesakit darah tinggi ,jantung atau kanser?
J - Pada dasarnya SR-9 tidak memberi kesan sampingan. Ianya hanya minuman botanical. Boleh minum SR-9 dengan nasihat khidmat pakar.
S - Siapakah yang boleh minum SR-9
J - Lelaki dan wanita berumur 16 tahun dan ke atas.
Hmmm... memang sangat menarik betul produk baru ni. Tak salah untuk kita mencuba. Manalah tahu serasi dengan kita. Harga sebotol ialah RM170.00 (SM) / RM180.00 (SS). Promosi dan berita baik dari RBS Network Sdn Bhd. Kalau beli 2 botol boleh dapat percuma 1 botol. Betul-betul berbaloi ni. Kalau nak beli, jangan lupa sebut mialiana.com untuk harga istimewa....
"Say no to obesity, let's fit with SR-9 formula"
BakarLemak | BinaOtot | Cergas | Sihat
Cantik | Menawan | Tenaga | Nakkurus | Taklapar
FatBurner | KuruskanBadan | Langsing | Menawan
Ramping | SR-9 | Ubatkurus | Sihat | Slimming
Detox | Detoks | Formula
RBS Network Sdn Bhd
C-26-1 Medan Selayang, Jalan Medan Selayang 1
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
No Telefon : +603 6178 1375
Emel : rbsnet.biz@gmail.com
Working Hours:
9:30 pagi - 5.30 petang
Sabtu dan Ahad (Tutup)
Website : http://www.rbsnet.biz
Facebook : SR-9-HQ
Instagram : @rbsnetwork
Whatsapp : +6014-611 8445
agak-agak kan... kalau bagi ayam-ayam ni sikit ok tak?
8 Comments
Amboi kak mia, sempat lagi tengok camera sambil ambik serai :D
ReplyDeleteSangat impressive dan boleh dicuba.
ReplyDeleteKakak dpt merasakan pasti ada kebaikannya apa lagi rasa oren tu yg tak jemu.
Kakak ingatkan Mia di kebun siapalah tadi:)
Suka tengok kebun mak Mia tu.. ;)
ReplyDeleteWah terbaik !!!
ReplyDeleteassalamualaikum mia...seronoknya pi kebun mcm2 ada...:)
ReplyDeletewah kak mia...berkebun ya
ReplyDeletebesarnya kebun akak. bestnya ada kebun macam ni
ReplyDeleteha ha ha kurus la ayam2 gajah tu nanti mia oii :-)
ReplyDelete