Update Terkini Dari Mia



Salam semua. Rasanya belum lagi terlambat untuk Mia ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 buat semua pengunjung blog ini.

Ada 2 pengumuman pemenang yang Mia belum buat lagi untuk Segmen Bloglist #18 dan Segmen Nak URL Blog #21. Mia akan cuba luangkan masa untuk blogwalking terlebih dahulu dan dijangka pemenang akan diumumkan dalam minggu ini.

Tentu tahu kan.. Mia sedang sibuk dengan Sofea yang baru naik darjah satu sekolah rendah di sebelah pagi dan sekolah agama di sebelah petang. Rutin harian sebelum ini dah berubah. Jadi minggu ini memang sibuk sikit.

Dan dalam pada masa yang sama juga.. fiuhhhh... yang ni memang perlukan komitmen tinggi. Mia pindah rumah supaya lebih dekat dengan pejabat Mia dan sekolah Sofea. Tengah angkat barang penting sikit demi sedikit mana yang termampu dengan Suami Mia. Maklumlah, rumah banyak barang. Last trip baru dengan lori. Renovate rumah, baru siap akhir bulan Disember 2015. Lari sedikit dari schedule sepatutnya akhir bulan November 2015.

Minta maaf banyak-banyak ya... Mia tak dapat nak update blog dalam tempoh seminggu yang lepas.

sangat rindu pada blog ini....

Post a Comment

28 Comments

  1. tahniah kak umah baru,
    semangat baru untuk tahun 2016 tu :)

    ReplyDelete
  2. Mesti penat sangat pindah rumah.
    All the best Sofea. Blajar rajin2! ^^

    ReplyDelete
  3. Slmt brpindah kak mia..moga smuanya d prmudahkn

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia..alhamdullilah semoga semuanya berjln dgn lancar hendaknya...:)

    ReplyDelete
  5. Tahniaah kak mia rumah baru ^^ dan utk sofea selamat bljar :)

    ReplyDelete
  6. semoga urusan kak mia dipermudahkan... ^_^

    ReplyDelete
  7. Asalam sibuknya mia tu..tak apa buat yang urgent..blog ni anytime bagi blogger seperti Etuza, cuma untuk blogger yang sumber rezeki di blog kena kawal grafik kot..so bukan anytime, tapi kena on time...))

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru gak dan tahniah ya :)

    ReplyDelete
  9. selamat tahun baru kak..selamat berpindah ke teratak baru....dan untuk sofea sayang...selamat bersekolah ya..

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru juga buat kak mia...semoga segalanya di permudahkan yer kak mia....

    ReplyDelete
  11. Semoga tahun 2016 membawa lebih banyak manfaat dan keberkatan.

    ReplyDelete
  12. Moga Tahun 2016 lebih menggembirakan dari tahun sebelum ini.

    ReplyDelete
  13. Tahniah sis. May all going smoothly . Cx tk sbr nk ada rumah sendiri

    ReplyDelete