Bagaimana Islam Mengajar Apabila Menghadapi Tekanan
Keimanan
Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat lain. Pasakkan dalam diri dengan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hambaNya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
Tadabbur
Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNya.
Zikir
Allah S.W.T. berfirman dan bermaksud : "(Iaitu) orang yang berfirman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang." (surah al-Ra'd 13:28)
Berimaginasi
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai anak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.
Beza antara orang Mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah.
sumber [group whatsapp]
jangan biarkan diri semakin tertekan...
12 Comments
moga sama2 kita amalkan... inshaAllah...
ReplyDeleteAllah nak ajar hikmahnya Tekanan itu sendiri :D
ReplyDeleteMoga kita mampu melihat HIKMAH itu
singgah pagi .. :)
ReplyDeleteAmalan yang sangat berguna, makasih kak mia, saya pun sering menghadapi tekanan, mari sama-sama kita amalkan
ReplyDeletealhamdulillah, semoga Allah berkati kehidupan penulis dengan berkongsi amalan baik ini.
ReplyDeleteAssalammualaikum... kak mia,
ReplyDeleteterima kasih... bagus perkongsian nie.. Moga ada manfaatnya untuk kita sesama... Aaminnn..
mselim3
terima kasih atas perkongsian.Bab berdoa tu memang benda baru..saya baru taw..Alhamdulillah AMin
ReplyDeletealhamdullillah - sesama kter mengimarahkan
ReplyDeleteassalamualaikum mia...perkongsian info yg baik...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah kak mia....
ReplyDeleteMoga dipermudahkanNYA dalam rutin harian kita..
ReplyDeletemoga kita semua belajar cara² yang terbaik ni
ReplyDelete